Khamis, 9 Mac 2017

RUU 355 Menyatukan Umat Islam

Sudah lama saya tidak menulis berkaitan politik sejak 2 tahun lepas tetapi saya tidak pernah ketinggalan mengambil tahu keadaan semasa. Sejak keluarnya golongan yang mengaku profesional meninggalkan PAS setelah ditolak perwakilan pada pemilihan PAS ke 61. Ramai yang beranggapan yang PAS akan berkubur kerana hampir 1/3 pemimpin yang kalah keluar parti dan menubuhkan GHB sebelum wujudnya PAN, parti pekerja yang ditukar milik oleh golongan profesional ini.

Seluruh negara dicanangkan yang PAS bakal berkubur dengan tertubuhnya PAN yang lebih Islamik dari bekas parti mereka sendiri. Mereka mendabik dada dengan menyatakan agar golongan mereka jangan disamakan dengan HAMIM yang ditubuhkan oleh kumpulan 12 diketuai Datuk Asri, mantan Presiden PAS. Mereka mengatakan yang mereka berbeza dengan HAMIM kerana mereka mendapat sokongan akar umbi berbanding dengan HAMIM yang disokong di kalangan para pemimpinan sahaja.

Benarkah yang mereka mendapat sokongan akar umbi seperti dakwaan mereka kerana mereka sendiri bukan naik melalui akar umbi. Mereka diangkat menjadi pelapis pimpinan PAS pun kerana mereka dianggap golongan bijak pandai disebabkan ketika itu akar umbi PAS adalah golongan kelas bawahan seperti nelayan, petani dan orang-orang kampung. Walau pun mereka bukan di kalangan bijak pandai tetapi mereka tetap beristiqomah dengan perjuangan PAS yang dasar dan sumber rujukan tertinggi PAS  adalah  Al-Quran dan As-Sunnah. 

Disebabkan itulah PAS mempunyai Dewan Ulama PAS sebagai rujukan dan selepas PAS di bawah 'kepimpinan ulama' pada 1982 maka di wujudkan Majlis Syura Ulama (MSU) badan tertinggi pembuat dasar, rujukan dan apa sahaja keputusan yang di buat oleh MSU adalah muktamad dengan di pandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang di bincangkan oleh MSU jika bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka secara otomatik akan tertolak. Tiada kompromi bagi PAS jika ia bercanggah dengan dua dasar tertinggi PAS itu. 

Saya adalah akar umbi PAS sejak 1977 dan jika mahu pasti boleh naik lebih jauh tetapi saya lebih suka menjadi akar umbi yang akan sentiasa menjaga dari perosak. Jika para pemimpin PAN mengatakan yang parti mereka mendapat sokongan akar umbi PAS, mana buktinya. Tahukah mereka bagaimana gerak kerja akar umbi yang mereka anggap class bawahan ini sedangkan mereka sendiri jarang turun menjenguk akar umbi yang tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan dunia selepas mereka menang menjadi Adun atau MP. 

Kami tidak mengharapkan duit ringgit anda kerana rezeki kami adalah dari Allah S.W.T walau pun banyak perubahan telah berlaku sejak bergelar YB. Kami redha dengan segala perjuangan, keringat dan wang ringgit yang kami hulurkan mengikut kemampuan kami tetapi kami tidak redha apa yang telah kamu lakukan terhadap pengorbanan kami untuk kemenangan kamu. Kami bekerja bukan kerana mencari dunia tetapi kami mencari keredhaan Allah S.W.T di Padang Mahsyar nanti. 

Tidakkah kamu merasa malu pada jasad kamu yang berpaling dari perjuangan malah kamu dengan muka tidak malu mencuri kerusi milik parti PAS. Kamu juga tidak segan mengatakan yang kemenangan kamu adalah kerana batang tubuh kamu sendiri dan tiada kena mengena dengan parti PAS. Begitu hebat betul menegakkan benang yang basah demi membenarkan perbuatan khianat kamu.

Jika orang yang sanggup melanggar Bai'ah yang di lafazkan sebelum bersetuju menjadi calon pun boleh membatalkan Bai'ah dengan menyembelih seekor kambing dan memberi makan kepada fakir yang tidak fakir. Apalah sangat dengan ilmu sang akar umbi yang tidak setanding dengan mereka ini.
Mereka adalah umat akhir zaman yang pertama memiliki para ulama-ulama yang dianggap amat luar biasa tarafnya sehinggakan mereka boleh menolak beberapa ayat dari Al-Quran dengan mengeluarkan nas-nas dan dalil-dalil dari ulama silam yang kredibiliti mereka sendiri di sanggah oleh ulama muktabar yang hidup sezaman dengan ulama rujukan para ulama luar biasa PAN.

Jika dulu umat Melayu/Islam tidak mengambil kesah langsung dengan undang-undang syariah tetapi sekarang ia menjadi isu yang paling di perkatakan di dalam negara malah badan risikan seperti CIA, Mossad dan agensi risikan negara lain turut serta memainkan peranan dengan bertopengkan NGO-NGO terpilih. Jika tiada sumbangan dana dari badan risikan barat terutama Amerika pasti tidak kemana-mana. Tidakkah anda merasa pelik bagaimana NGO-NGO anti Islam boleh mengadakan gerak kerja mereka jika tiada dana dalam akaun mereka.

RUU 355 adalah mimpi ngeri buat Melayu/Islam dan musuh Islam yang nyata, ia juga membezakan antara Melayu yang cintakan Islam dan Melayu yang cukup anti Islam anutan mereka. Kenapa mereka terlalu memusuhi agama mereka sendiri dengan berbagai tuduhan walau pun mereka tahu kebaikannya tetapi kenapa mereka menipu diri mereka sendiri dan menghasut Melayu/Islam. Jika mereka mengatakan ada kecacatan dalam RUU 355, mengapa mereka tidak tampil membetulkannya.

Mereka langsung tidak membantah dengan undang-undang yang di amalkan oleh negara ketika ini. Kenapa mereka tidak membandingkan antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah yang akan di bentangkan. Mereka boleh menerima undang-undang sivil yang zalim ini tanpa apa-apa bantahan walau pun mereka tahu ianya cukup zalim. Golongan yang mengelarkan mereka G25 begitu lantang menentang pindaan pada undang-undang syariah. Kenapa mereka begitu takut jika mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana orang yang bersalah sahaja yang takut pada pindaan ini.

Nampaknya DAP telah menunjukkan belangnya sebagai parti anti Islam sedangkan ia tiada kena mengena dengan bukan Islam. Jika dulu mereka boleh menerima dua perundangan dalam negara iaitu sivil dan syariah, kenapa sekarang mereka paling lantang menetangnya. Kenapa terlalu kurang ajar mencampuri urusan umat Islam, adakah umat Islam mengganggu mana-mana penganut agama lain. Malah kerja-kerja jahat mereka lebih mudah dengan adanya PAN yang semua tahu DAP adalah penyumbang besar dana kepada parti orang-orang yang kecewa selepas gagal menguasai PAS.

Semua kerja memerlukan duit siapa yang akan bayar kepada para sukarelawan-sukarelawan jika tiada dana. Anda jangan keliru dengan istilah sukarelawan yang kononnya bekerja tanpa apa-apa imbuhan. Istilah sukarelawan hanya topeng semata-mata kerana tiada siapa pun yang menjadi sukarelawan melakukan kerja percuma semata-mata. Pasti orang akan bertanya bagaimana pula dengan Unit Amal PAS adakah mereka juga akan dibayar sebagaimana tuduhan saya, untuk soalan itu saya sarankan anda cuba seminggu bersama Unit Amal PAS. Anda jangan anggap anda dapat elaun, malah segala keperluan anda adalah dari poket anda sendiri. Itulah perbezaan antara umat yang beristiqomah demi Islam dengan umat yang mementingkan perut mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.

FB