Ahad, 15 April 2018

Kemaskini PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu

Hasil gambar untuk pru 14
 
Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-kasetlah yang membantu saya untuk mengetahui ceramah-ceramah PAS yang di buat di luar kawasan. Ada kala terlalu lambat untuk mengetahui sesuatu isu yang di bangkitkan oleh pemimpin PAS berbanding dengan Umno/BN yang memiliki dan mengawal semua media elektronik dan media cetak seperti TV, radio dan akhbar. Walau pun lambat tetapi kami tetap mengetahui perkembangan semasa politik tanah air.
 
Berbanding dengan zaman sekarang yang mana maklumat hanya di hujung jari melalui internet atau media sosial. Lambat cepat sesuatu isu dapat diketahui oleh kami, ia tidak menghalang gerak kerja kami yang bergelar akar umbi. Bila melibatkan pilihan raya pula, Umno/BN memang meninggal jauh PAS dari segi perang saraf mereka kerana kawalan mereka ke atas RTM yang telah ditukar milik menjadi hak mutlak mereka.
 
Perkara penting yang di mainkan oleh Umno/BN pada setiap kali pilihan raya umum ialah sebaran surat layang dan sehelai kain batik beserta beberapa keping not 10 ringgit yang akan berada di hadapan pintu rumah pengundi pada malam terakhir sebelum berlakunya pengundian pada ke esok harinya. Kami sedar PAS adalah parti miskin yang mana gerak kerja dan sumbangan kepada parti adalah ikhlas dari kami mengikut kemampuan kami walau pun ada di kalangan kami akan mengenepikan setiap sen yang diperolehi untuk PAS.
 
Kami tidak memerlukan apa-apa imbuhan dalam perjuangan kami kerana kami mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata. Apa yang tidak ada pada mana parti politik yang wujud di Malaysia ialah kami melakukan Bai'ah terhadap PAS melalui para pemimpin yang memimpin. Bai'ah kami terhadap pemimpin ialah selagi mereka tidak lari dari dasar perjuangan parti yang bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Walau sehebat mana pun pemimpin itu ketika berada di Jemaah tetapi kami akan berlepas tangan selepas mereka keluar dari perjuangan PAS.
 
Di kutuk, dihina, di maki, di fitnah sudah menjadi  imun buat kami kerana kami sedar yang kami belum lagi benar-benar di uji sebagaimana ujian yang di terima oleh umat yang terdahulu dari kami. Walau pun kami hanyalah di kalangan akar umbi yang bekerja sebagai buruh, nelayan, petani atau di anggap sebagai class bawahan oleh musuh, ia menyemarakkan lagi keazaman kami untuk terus bersama PAS walau pun ada di kalangan yang lebih tinggi taraf kedudukan dan pendidikan mereka berpaling, ia lebih baik buat kami dari menjadi anai-anai perosak. 
 
Kekuatan PAS bukan terletak kepada kehebatan seseorang pemimpin walau pun kesannya tetap ada tetapi kekuatan sebenar PAS terletak kepada akar umbi yang dikatakan class bawahan. Kerana golongan yang tidak mengharapkan apa-apa imbuhan dunia ini membuatkan PAS tetap berdiri kukuh walau pun banyak kali badai melanda PAS. Kerana inilah yang membuatkan parti-parti politik yang wujud amat mencemburui parti tok lebai ini. Malah pemimpin parti yang memegang tampak pemerintahan menyeru ahli-ahli mereka mencontohi akar umbi PAS.
 
Walau pun di golong sebagai parti class ke 3, jentera kami tetap utuh bekerja berbanding dengan parti pemerintah yang menggunakan 100 peratus jentera kerajaan tanpa merasa malu atau mendapat teguran dari SPR. PAS juga tidak pernah mengkhianati kawan dalam gabungan walau pun berbagai fitnah di lontarkan terhadap PAS yang kononnya menikam kawan dari belakang dengan mengemukakan fakta yang direka-reka. Lihatlah bagaimana PAS membantu kewujudan PKR yang tidak memiliki apa-apa ketika mereka mula bertatih dalam arena politik pembangkang.
 
PAS membantu dari segi jentera, kewangan, pentas malah deposit untuk calon mereka bertanding pun adalah dari sumbangan akar umbi PAS di atas dasar membantu kawan yang dianaiya walau pun dulu mereka adalah musuh PAS. Apabila PKR sudah kuat dan boleh berdiri di atas kaki sendiri, mereka mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang selama ini mereka sembunyikan. Kami tetap redha dengan juga balasan yang kami terima setelah kami berpenat lelah membantu mereka.
 
Adakah PAS rugi dengan tindakan mereka itu yang bukan sahaja membantu tetapi mereka juga telah menyusup masuk di kalangan ke dalam PAS untuk mengawal PAS walau pun sampai tahap hampir 2/3 dari mereka duduk di dalam Majlis Tertinggi PAS. Bukannya PAS terlalu lalai dalam isu ini kerana PAS sudah lama menyedarinya ketika mereka masih berjenama IRC kepada JIM kepada Ikram. PAS mengambil sikap secara berhemah dengan doa agar mereka boleh di ubah tetapi siapa kita untuk menentukannya.
 

Mungkin doa ikhlas dari kami telah menyelamatkan PAS dari di kawal oleh golongan yang bergelar liberal dengan tersingkirnya golongan ini dan semuanya dibersihkan walau pun mereka memiliki dana yang besar dari sekutu mereka yang berperanan menyerang dari luar dan golongan ini menyerang dari dalam. Ada pemimpin yang menjadi penaja kepada golongan liberal akhirnya bernaung di bawah Amanah (PAN) menyeru agar PAS lebih baik bertabligh dari berpolitik. Adakah mereka yang mengaku Islam tahu makna tabligh kerana tabligh itulah PAS dan tanpa tabligh maka tiada wujudlah PAS.
 
Mungkin kerana menganggap dirinya bergolongan profesional dari parti yang elit maka beliau cuba mengajar pula PAS tentang tabligh. Kerana tablighlah yang menjadikan pemimpin PAS tidak bersikap seperti beliau yang menyangka berpesta, mabuk dan berpelukan dengan dengan bukan muhrim adalah cara hidup betul buat umat Islam. Jika jahil jangan malu bertanya kerana kita semua bukannya sempurna dan ilmu itu sendiri cukup luas untuk diterokai.

Pada PRU kali ini, PH begitu rancak menyerang PAS mengatasi Umno/BN yang sudah lama menjadi musuh tradisi PAS. Mereka boleh menarik akar umbi Umno/BN melalui  mantan PM, Che Det tetapi mereka mungkin bermimpi di siang hari jika Berjaya menarik akar umbi PAS. Kelebihan PAS adalah akar umbinya yang bekerja tanpa mengharapkan imbuhan dunia malah merekalah yang menabung untuk PAS. Di sinilah antara kebodohan para pemimpin PH kerana cuba memancing ahli-ahli PAS yang terkenal dengan istiqomah mereka terhadap Islam.

Adakah mereka sanggup menjual diri kepada keduniaan  sedangkan imbuhan mereka sedang menanti mereka di alam abadi sebagaimana janji Allah S.W.T  kepada para hamba-hambanya yang berjuang demi Allah demi RasulNya demi Islam demi apa yang telah di perintahkan melalui Kitabullah. Golongan yang cuba menarik ahli-ahli PAS umpama golongan yang cuba memberi kekayaan kepada  orang yang lebih kaya-raya dari mereka sendiri malah merekalah yang membuatkan jentera-jentera PAS berfungsi.

Kita tidak mendabik dada mengatakan yang kita kuat tanpa usaha dan  kepayahan berbanding dengan kompenan PH dan Umno/BN yang boleh membeli dengan wang ringgit mereka dari sumber yang tidak diketahui. Ini adalah PRU yang ke 14 parti PAS masuk bertanding berbanding dengan parti-parti yang belum lagi teruji walaupun dipimpin oleh bekas-bekas pemimpin besar. PAS hanya perlu pantas untuk menarik pengundi-pengundi muda dan ahli-ahli parti yang kecewa dengan parti mereka sendiri. Semoga segala keringat, usaha dan tawakkal kami untuk melihat Daulah Islamiah tertegak dibumi bertuah ini..... Insyaallah
 

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah.. Kelantan masih milik PAS..

    BalasPadam

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.