Ahad, 19 Mac 2017

Betapa Cepatnya Masa Berlalu

www.sembangmatzaid.blogspot.com
 
Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-kasetlah yang membantu saya untuk mengetahui ceramah-ceramah PAS yang di buat di luar kawasan. Ada kala terlalu lambat untuk mengetahui sesuatu isu yang di bangkitkan oleh pemimpin PAS berbanding dengan Umno/BN yang memiliki dan mengawal semua media elektronik dan media cetak seperti TV, radio dan akhbar. Walau pun lambat tetapi kami tetap mengetahui perkembangan semasa politik tanah air.
 
Berbanding dengan zaman sekarang yang mana maklumat hanya di hujung jari melalui internet atau media sosial. Lambat cepat sesuatu isu dapat kami, ia tidak menghalang gerak kerja kami yang bergelar akar umbi. Bila melibatkan pilihan raya pula, Umno/BN memang meninggal jauh PAS dari segi perang saraf mereka kerana kawalan mereka ke atas RTM yang telah ditukar milik menjadi hak mutlak mereka.
 
Perkara penting yang di mainkan oleh Umno/BN pada setiap kali pilihan raya umum ialah sebaran surat layang dan sehelai kain batik beserta beberapa keping not 10 ringgit yang akan berada di hadapan pintu rumah pengundi pada malam terakhir sebelum berlakunya pengundian pada ke esok harinya. Kami sedar PAS adalah parti miskin yang mana gerak kerja dan sumbangan kepada parti adalah ikhlas dari kami mengikut kemampuan kami walau pun ada di kalangan kami akan mengenepikan setiap sen yang diperolehi untuk PAS.
 
Kami tidak memerlukan apa-apa imbuhan dalam perjuangan kami kerana kami mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata. Apa yang tidak ada pada mana parti politik yang wujud di Malaysia ialah kami melakukan Bai'ah terhadap PAS melalui para pemimpin yang memimpin. Bai'ah kami terhadap pemimpin ialah selagi mereka tidak lari dari dasar perjuangan parti yang bertunjangkan al-Quran dan As-Sunnah. Walau sehebat mana pun pemimpin itu ketika berada di Jemaah tetapi kami akan berlepas tangan selepas mereka keluar dari perjuangan PAS.
 
Di kutuk, dihina, di maki, di fitnah sudah menjadi lali buat kami kerana kami sedar yang kami belum lagi benar-benar di uji sebagaimana ujian yang di terima oleh umat yang terdahulu dari kami. Walau pun kami hanyalah di kalangan akar umbi yang bekerja sebagai buruh, nelayan, petani atau di anggap sebagai kalangan bawahan, ia menyemarakkan lagi keazaman kami untuk terus bersama PAS walau pun ada di kalangan yang lebih tinggi taraf kedudukan dan pendidikan mereka berpaling, ia lebih baik buat kami.
 
Kekuatan PAS bukan terletak kepada kehebatan seseorang pemimpin walau pun kesannya tetap ada tetapi kekuatan sebenar PAS terletak kepada akar umbi yang dikatakan class bawahan. Kerana golongan yang tidak mengharapkan apa-apa imbuhan dunia ini membuatkan PAS tetap berdiri kukuh walau pun banyak kali badai melanda PAS. Kerana inilah yang membuatkan parti-parti politik yang wujud amat mencemburui parti tok lebai ini. Malah pemimpin parti yang memegang tampak pemerintahan menyeru ahli-ahli mereka mencontohi akar umbi PAS.
 
Walau pun di golong sebagai parti class ke 3, jentera kami tetap utuh bekerja berbanding dengan parti pemerintah yang menggunakan 100 peratus jentera kerajaan tanpa merasa malu atau mendapat teguran dari SPR. PAS juga tidak pernah mengkhianati kawan dalam gabungan walau pun berbagai fitnah di lontarkan terhadap PAS yang kononnya menikam kawan dari belakang dengan mengemukakan fakta yang direka-reka. Lihatlah bagaimana PAS membantu kewujudan PKR yang tidak memiliki apa-apa ketika mereka mula bertatih dalam arena politik pembangkang.
 
PAS membantu dari segi jentera, kewangan, pentas malah deposit untuk calon mereka bertanding pun adalah dari sumbangan akar umbi PAS di atas dasar membantu kawan yang dianaiya walau pun dulu mereka adalah musuh PAS. Apabila PKR sudah kuat dan boleh berdiri di atas kaki sendiri, mereka mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang selama ini mereka sembunyikan. Kami tetap redha dengan juga balasan yang kami terima setelah kami berpenat lelah membantu mereka.
 
Adakah PAS rugi dengan tindakan mereka itu yang bukan sahaja membantu tetapi mereka juga telah menyusup masuk di kalangan ke dalam PAS untuk mengawal PAS walau pun sehingga hamper 50 peratus dari mereka duduk di dalam Majlis Tertinggi PAS. Bukannya PAS terlalu lalai dalam isu ini kerana PAS sudah lama menyedarinya ketika mereka masih berjenama IRC kepada JIM kepada Ikram. PAS mengambil sikap secara berhemah dengan doa agar mereka boleh di ubah tetapi siapa kita untuk menentukannya.
 

Mungkin doa ikhlas dari kami telah menyelamatkan PAS dari di kawal oleh golongan yang bergelar liberal dengan tersingkirnya golongan ini dan semuanya dibersihkan walau pun mereka memiliki dana yang besar dari sekutu mereka yang berperanan menyerang dari luar dan golongan ini menyerang dari dalam. Ada pemimpin yang menjadi penaja kepada golongan liberal akhirnya bernaung di bawah Amanah (PAN) menyeru agar PAS lebih baik bertabligh dari berpolitik. Adakah mereka yang mengaku Islam tahu makna tabligh kerana tabligh itulah PAS dan tanpa tabligh maka tiada wujudlah PAS.
 
Mungkin kerana menganggap dirinya bergolongan profesional dari parti yang elit maka beliau cuba mengajar pula PAS tentang tabligh. Kerana tablighlah yang menjadikan pemimpin PAS tidak bersikap seperti beliau yang menyangka berpesta, mabuk dan berpelukan dengan dengan bukan muhrim adalah cara hidup betul buat umat Islam. Jika jahil jangan malu bertanya kerana kita semua bukannya sempurna dan ilmu itu sendiri cukup luas untuk diterokai.

www.sembangmatzaid.blogspot.com



Jangan jadi seperti Siti Kassim yang menganggap kewujudan tuhan itu adalah tenaga yang dicipta oleh manusia itu sendiri di mana bahan tenaga yang di cipta maka baiklah orang itu dan jahat tenaga yang di ciptakan maka jahatlah orang itu. Malah beliau menganggap umat Islam di negara ini adalah golongan yang ekstremis. Beliau merasa bersyukur kerana bertemu guru sesat yang mengajar beliau tentang kekeliruannya selama ini di mana di dalam pemikirannya bagaimana jika tuhan yang mencipta segala-galanya di alam ini maka tentu tuhan itu pun di cipta oleh sesuatu. Di mana pergi alim ulama dari Amanah untuk menjawab isu ini atau kerana Siti Kassim ini ahli PAN maka tiada satu pun kesesatan yang beliau lakukan kerana kalangan alim ulama PAN adalah pakar dalam mengeluarkan fatwa-fatwa yang amat luar biasa baik dari segi hukum faraid sehinggakan hukum bai'ah. Semoga kita dijauhi dari golongan-golongan yang sesat lagi menyesatkan.... Waallahualam
 

Isnin, 13 Mac 2017

RUU355 : Mendedahkan Sikap Sebenar Umat Yang Mengaku Islam.

www.sembangmatzaid.blogspot.my
 

Siapa kita untuk mempertikaikan hukum yang diwajibkan ke atas kita terutama bergelar umarak yang sebelum ini berdegar-degar laungan mereka tentang keadilan yang terdapat di dalam hukum Syariah. Jika mendengar apa yang mereka katakan, kalau boleh esok kita hendak ia di laksanakan kerana kata-kata itu bukan datang dari buruh kasar, petani atau nelayan tetapi dari mulut orang yang bertaraf profesional berpendidikan barat yang keilmuan peringkat phd dari bukan calang-calang universiti, semuanya class dunia atau A1. 

Ada yang mengandaikan mereka-mereka ini lebih hebat dari ulama yang fakih walau pun keilmuannya dalam agama sekadar boleh baca beberapa petikan ayat-ayat al-Quran. Kerana kehebatan mereka ini jugalah timbul ayat-ayat pertembungan antara profesional dengan ulama dalam parti yang dasarnya adalah al-Quran dan Hadis. Mereka juga mengelarkan diri mereka pro pembaruan tajaan Dap yang mewakili puak profesional dalam PAS sedangkan mereka sendiri sedar yang mereka hanya mewakili profesional yang mempunyai jawatan dalam parti atau bergelar YB sahaja. Sedangkan 90 % profesional didalam PAS tidak menyokong mereka walau pun mereka hebohkan semua profesional bersama mereka.

Mereka yang mengaku profesional ini kebanyakkannya tidak bermula dari bawah kerana mereka diangkat agar keilmuan dan kepakaran mereka berguna bersama-sama untuk memperkasakan lagi PAS sebagai sebuah parti politik Islam tunggal yang berteraskan al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias di Malaysia. Mereka tidak merasa pahit maung PAS dalam usaha menyedarkan umat Islam agar menjadi seorang muslim yang berakidah setelah beratus-ratus tahun dijajah, baik negara mahu pun pemikiran.

Mungkin RUU355 ada cacat celanya tetapi sebagai umat yang mengaku Islam, mereka yang bijak pandai boleh memperbetulkan apa yang kurang jika ada kelemahan tolong perkasakan dan jangan jadi golongan G25 atau SIS yang melebalkan diri mereka diri mereka sebagai 25 pakar segala pakar yang pernah wujud di negara ini. Cerminlah diri sendiri dan cara kehidupan yang mengaku pakar dalam mengamal kehidupan seharian.
www.sembangmatzaid.blogspot.com

 


Ramai boleh kata keimanan mereka tidak perlu dipertikaikan tetapi orang bukan melihat hati kalbu kamu tetapi orang melihat bagaimana kamu mempersenda-sendakan hukum yang jelas terdapat di dalam Al-Quran. Adakah kamu mengikut perintah Allah S.W.T agar kamu menjaga aurat kamu kerana walau seribu tahun pun kamu bersolat tetapi aurat tidak dijaga dan rambut diwarnakan mengikut hawa nafsu kamu.

Tiada siapa yang boleh mempertikaikan keimanan kamu tetapi jika yang diperintahkan ke atas kamu tidak dihiraukan. Orang menilai kamu perbuatan kamu secara zahir sahaja. Sebagai mana sia-usianya kebaikan yang dilakukan oleh bukan Islam walau sebanyak mana pun derma di hulurkan. Kenapa bagi kamu yang mengaku Islam mengatasi umat Islam yang lain disebabkan kamu mengangkat diri kamu sendiri sebagai pakar yang mewakili umat Islam. Siapakah golongan yang kamu yang menjadi pengikut kamu atau kamu hanyalah wakil sesama sendiri di kalangan 25 yang kamu gelarkan G25.

Ramai orang memperlelehkan parti yang cuba mengangkat tinggi martabat mahkamah syariah yang sudah lama tidak pernah berubah. Sebagai umat Islam kamu patut menyokong atau mengadakan dialog dengan PAS jika ada yang tidak memuaskan hati golongan kamu. Kenapa golongan yang mengaku bijak pandai cukup takut dengan pindaan RUU355 jika kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana hanya orang yang bersalah sahaja yang menentang pindaan ini.

Buat parti bukan Islam pula kenapa kamu terlalu hebat menentang RUU355 yang tiada kena mengena langsung di kalangan kamu. 30 puluh dulu kamu tidak pernah menentang pindaan ke atas mahkamah syariah yang tidak menyentuh langsung bukan Islam tetapi sekarang kamu paling lantang menentangnya. Tidak cukup dengan itu kamu menggunakan proksi kamu dari kalangan umat Islam yang gilakan kuasa. Jangan kamu jadikan umat Islam sebagai musuh kamu sebagaimana kamu lakukan propaganda pada 13 Mei yang akhirnya menjadi sejarah hitam buat negara.

Setelah ekomoni negara kamu jajah sekarang kamu ingin mengambil alih benteng terakhir umat Islam dengan menjenamakan Islam dengan berbagai nama supaya menyenangkan kerja jahat kamu. Buat proksi yang menjadi tali barut tajaan kamu masih di lamun mimpi dengan janji-janji pangkat, kuasa dan harta yang bakal kamu miliki jika agenda jahat musuh Islam ini berjaya. Adakah kamu lupa bagaimana umat Islam bersatu hati tanpa mengira ideologi politik dan bangsa bersatu hati di perhimpunan ungu baru-baru ini.

PAS bukan hanya parti politik tetapi PAS juga adalah Gerakan Islam, yang tidak pernah berganjak dari dasar perjuangan mereka walau pun mereka tahu ia tidak menguntungkan politik mereka. Bagi PAS dasar perjuangan mereka mengatasi segala-galanya walau pun mereka terpaksa menunggu 30 tahun lagi demi tertegaknya syariat Allah S.W.T. Tanya pak tani atau nelayan atau buruh kasar atau kelas bawahan yang bergelar akar umbi, kenapa mereka masih bersama PAS malah bekerja dengan tulang empat kerat mereka tanpa apa-apa upah malah mereka sendiri menggunakan wang saku milik mereka untuk diberi kepada parti yang di anggap sampah oleh golongan yang pernah sama-sama berjuang bersama mereka dulu.

Jawapan mereka cukup ringkas, hanya mencari keredhaan Allah S.W.T sebagai yang dijanjikan kepada mereka. Kerana itulah mereka tetap bersama golongan yang sedikit setelah kalangan anai-anai telah keluar membawa sama harta milik PAS. Itulah akar umbi PAS yang hanya berbai'ah kepada pemimpin yang tidak lari dari dasar perjuangan PAS. Mereka bukan Umno atau PKR atau DAP atau PPBM atau PAN yang akan mengikut para pemimpin-pemimpin yang kecewa apabila dibuang parti.

PAS telah melalui berbagai zaman, jatuh bangun tetapi tetap PAS tetap berdiri kukuh dengan dasar mereka yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sekarang PAS  menjadi rebutan setiap parti walau pun dulu parti inilah di gelar parti tok lebai dan parti kampung. Dia atas keyakinan inilah yang menjadikan PAS sukar ditumbangkan kerana mempunyai akar umbi yang kukuh berpaut sesama mereka.

Tiada siapa menjangka rancangan Allah S.W.T terhadap para hambanya yang tahan diuji walau pun semua parti politik yang berada di negara sedang rancak menyerang PAS dari segenap penjuru baik dari kalangan pembangkang mahu pun dari kalangan pemerintah. Sebagai mana Allah S.W.T menjadi KitabullahNya di akhir zaman dengan tidak meletakkan di tangan bangsa Arab tetapi Allah S.W.T telah membahagikanNya di kalangan Bangsa Nusantara untuk nahu bacaannya, Bangsa Turki untuk tulisanNya dan Bangsa India untuk menjaga Hadis Rasul Nya. Tidakkah kamu berfikir segenap bagaimana Bijaksana Nya Allah S.W.T yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.... Waallahualam
MAT ZAID

Khamis, 9 Mac 2017

RUU 355 Menyatukan Umat Islam

Sudah lama saya tidak menulis berkaitan politik sejak 2 tahun lepas tetapi saya tidak pernah ketinggalan mengambil tahu keadaan semasa. Sejak keluarnya golongan yang mengaku profesional meninggalkan PAS setelah ditolak perwakilan pada pemilihan PAS ke 61. Ramai yang beranggapan yang PAS akan berkubur kerana hampir 1/3 pemimpin yang kalah keluar parti dan menubuhkan GHB sebelum wujudnya PAN, parti pekerja yang ditukar milik oleh golongan profesional ini.

Seluruh negara dicanangkan yang PAS bakal berkubur dengan tertubuhnya PAN yang lebih Islamik dari bekas parti mereka sendiri. Mereka mendabik dada dengan menyatakan agar golongan mereka jangan disamakan dengan HAMIM yang ditubuhkan oleh kumpulan 12 diketuai Datuk Asri, mantan Presiden PAS. Mereka mengatakan yang mereka berbeza dengan HAMIM kerana mereka mendapat sokongan akar umbi berbanding dengan HAMIM yang disokong di kalangan para pemimpinan sahaja.

Benarkah yang mereka mendapat sokongan akar umbi seperti dakwaan mereka kerana mereka sendiri bukan naik melalui akar umbi. Mereka diangkat menjadi pelapis pimpinan PAS pun kerana mereka dianggap golongan bijak pandai disebabkan ketika itu akar umbi PAS adalah golongan kelas bawahan seperti nelayan, petani dan orang-orang kampung. Walau pun mereka bukan di kalangan bijak pandai tetapi mereka tetap beristiqomah dengan perjuangan PAS yang dasar dan sumber rujukan tertinggi PAS  adalah  Al-Quran dan As-Sunnah. 

Disebabkan itulah PAS mempunyai Dewan Ulama PAS sebagai rujukan dan selepas PAS di bawah 'kepimpinan ulama' pada 1982 maka di wujudkan Majlis Syura Ulama (MSU) badan tertinggi pembuat dasar, rujukan dan apa sahaja keputusan yang di buat oleh MSU adalah muktamad dengan di pandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap perkara yang di bincangkan oleh MSU jika bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka secara otomatik akan tertolak. Tiada kompromi bagi PAS jika ia bercanggah dengan dua dasar tertinggi PAS itu. 

Saya adalah akar umbi PAS sejak 1977 dan jika mahu pasti boleh naik lebih jauh tetapi saya lebih suka menjadi akar umbi yang akan sentiasa menjaga dari perosak. Jika para pemimpin PAN mengatakan yang parti mereka mendapat sokongan akar umbi PAS, mana buktinya. Tahukah mereka bagaimana gerak kerja akar umbi yang mereka anggap class bawahan ini sedangkan mereka sendiri jarang turun menjenguk akar umbi yang tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan dunia selepas mereka menang menjadi Adun atau MP. 

Kami tidak mengharapkan duit ringgit anda kerana rezeki kami adalah dari Allah S.W.T walau pun banyak perubahan telah berlaku sejak bergelar YB. Kami redha dengan segala perjuangan, keringat dan wang ringgit yang kami hulurkan mengikut kemampuan kami tetapi kami tidak redha apa yang telah kamu lakukan terhadap pengorbanan kami untuk kemenangan kamu. Kami bekerja bukan kerana mencari dunia tetapi kami mencari keredhaan Allah S.W.T di Padang Mahsyar nanti. 

Tidakkah kamu merasa malu pada jasad kamu yang berpaling dari perjuangan malah kamu dengan muka tidak malu mencuri kerusi milik parti PAS. Kamu juga tidak segan mengatakan yang kemenangan kamu adalah kerana batang tubuh kamu sendiri dan tiada kena mengena dengan parti PAS. Begitu hebat betul menegakkan benang yang basah demi membenarkan perbuatan khianat kamu.

Jika orang yang sanggup melanggar Bai'ah yang di lafazkan sebelum bersetuju menjadi calon pun boleh membatalkan Bai'ah dengan menyembelih seekor kambing dan memberi makan kepada fakir yang tidak fakir. Apalah sangat dengan ilmu sang akar umbi yang tidak setanding dengan mereka ini.
Mereka adalah umat akhir zaman yang pertama memiliki para ulama-ulama yang dianggap amat luar biasa tarafnya sehinggakan mereka boleh menolak beberapa ayat dari Al-Quran dengan mengeluarkan nas-nas dan dalil-dalil dari ulama silam yang kredibiliti mereka sendiri di sanggah oleh ulama muktabar yang hidup sezaman dengan ulama rujukan para ulama luar biasa PAN.

Jika dulu umat Melayu/Islam tidak mengambil kesah langsung dengan undang-undang syariah tetapi sekarang ia menjadi isu yang paling di perkatakan di dalam negara malah badan risikan seperti CIA, Mossad dan agensi risikan negara lain turut serta memainkan peranan dengan bertopengkan NGO-NGO terpilih. Jika tiada sumbangan dana dari badan risikan barat terutama Amerika pasti tidak kemana-mana. Tidakkah anda merasa pelik bagaimana NGO-NGO anti Islam boleh mengadakan gerak kerja mereka jika tiada dana dalam akaun mereka.

RUU 355 adalah mimpi ngeri buat Melayu/Islam dan musuh Islam yang nyata, ia juga membezakan antara Melayu yang cintakan Islam dan Melayu yang cukup anti Islam anutan mereka. Kenapa mereka terlalu memusuhi agama mereka sendiri dengan berbagai tuduhan walau pun mereka tahu kebaikannya tetapi kenapa mereka menipu diri mereka sendiri dan menghasut Melayu/Islam. Jika mereka mengatakan ada kecacatan dalam RUU 355, mengapa mereka tidak tampil membetulkannya.

Mereka langsung tidak membantah dengan undang-undang yang di amalkan oleh negara ketika ini. Kenapa mereka tidak membandingkan antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah yang akan di bentangkan. Mereka boleh menerima undang-undang sivil yang zalim ini tanpa apa-apa bantahan walau pun mereka tahu ianya cukup zalim. Golongan yang mengelarkan mereka G25 begitu lantang menentang pindaan pada undang-undang syariah. Kenapa mereka begitu takut jika mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana orang yang bersalah sahaja yang takut pada pindaan ini.

Nampaknya DAP telah menunjukkan belangnya sebagai parti anti Islam sedangkan ia tiada kena mengena dengan bukan Islam. Jika dulu mereka boleh menerima dua perundangan dalam negara iaitu sivil dan syariah, kenapa sekarang mereka paling lantang menetangnya. Kenapa terlalu kurang ajar mencampuri urusan umat Islam, adakah umat Islam mengganggu mana-mana penganut agama lain. Malah kerja-kerja jahat mereka lebih mudah dengan adanya PAN yang semua tahu DAP adalah penyumbang besar dana kepada parti orang-orang yang kecewa selepas gagal menguasai PAS.

Semua kerja memerlukan duit siapa yang akan bayar kepada para sukarelawan-sukarelawan jika tiada dana. Anda jangan keliru dengan istilah sukarelawan yang kononnya bekerja tanpa apa-apa imbuhan. Istilah sukarelawan hanya topeng semata-mata kerana tiada siapa pun yang menjadi sukarelawan melakukan kerja percuma semata-mata. Pasti orang akan bertanya bagaimana pula dengan Unit Amal PAS adakah mereka juga akan dibayar sebagaimana tuduhan saya, untuk soalan itu saya sarankan anda cuba seminggu bersama Unit Amal PAS. Anda jangan anggap anda dapat elaun, malah segala keperluan anda adalah dari poket anda sendiri. Itulah perbezaan antara umat yang beristiqomah demi Islam dengan umat yang mementingkan perut mereka.

FB