Khamis, 18 Februari 2016

Abd Shukur Harum : Sajak Buat Tok Guru

Sajak Buat TGNA

'Rumah Kampung Tok Guru'

Senja itu aku berdiri di depan rumahmu
Di antara masjid dan rumah kampung
Harumnya Pulau Melaka kediamanmu
Aku berdiri merenung ketabahan
Dan keunikan kehidupanmu
Di tengah lautan politik nan bergelora

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Aku tertegun menyaksikan kesederhanaanmu
Anak kambing dan ayam peliharaanmu
Masuk ke dalam reban di belakang rumah
Riuhnya membelah senja merah
Beriringan bunyi burung pulang ke sarang
Tuhanku!Engkau Yang Maha Kuasa

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Aku melihat engkau siap berwuduk
Melangkau teratur ke masjid
Untuk mengimamkan solat Maghrib
Di tengah gemersik azan
Membelah senja di Pulau Melaka
Di sinilah insan dan Khalik-NYA bersatu

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Engkau sangat mengerti dirimu
Sebagai hamba yang kerdil
Di tengah kekuasaan Ilahi
Sesaatpun engkau tidak lupa
Pesan dan ajaran Nabi s.a.w
Mengerti perjuangan dan pengorbanan

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Engkau mencontohi kehidupan Nabi s.a.w
Memancarkan sinar dari masjidmu
Berdakwah dari utara ke selatan
Dari timur ke barat
Dengan tongkat dan jubahmu
Tanpa lelah dan jemu

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Susuk tubuhmu yang kecil
Dibasahi embun malam
Ketika berceramah di sana sini
Menjadi saksi perjuanganmu
Menegakkan islam
Di tengah rimba kehidupan manusia

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Engkau menautkan kemanusian
Dengan alam ciptaan Ilahi
Menebarkan dakwah tidak henti-hentinya
Menyalakan obor perjuangan
Sebuah gerakan Islam bernama PAS
Walau disukai dan dibenci

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Aku merenung dan belajar daripadamu
Aku melihat cahaya keserdahanaan
Dan ketaqwaanmu
Ia adalah kekuatan yang luar biasa
Dan nur yang memancar darinya
Membawa obor islam yang syumul

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Dua puluh tahun engkau memimpin
Hampir sejuta umat negeri Kelantan
Dengan wawasanmu yang penuh izzah
Berbeza dengan tubuhmu yang kecil
Dengan suaramu yang lembut
Meneriakkan politik dakwah

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Engkau mengajukan "membangun bersama Islam"
Menghantar contoh pentadbiran Islam
Tanpa rasuah, tanpa kroni, tanpa tipu daya
Tanpa penyelewengan, tanpa politik kotor
Inilah contoh kecil masyarakat Madani
Yang penah dipelopori oleh Nabi s.a.w

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Enkau membina negeri Kelantan
Dengan segala keunikan
Dataran MPKB, Pasar Khadijah, Masjid Muhammady
Pantai Sabak yang indah
Rantau Panjang pusat membeli belah
Riuh dikunjungi pelancong setiap hari

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Dalam riuh rendah itu, azan berkumandang
Di Pasar Khadijah dan di mana saja
Kelantan menyambut malam penuh shahdu
Gema tahmid memuji Ilahi di mana-mana
Engkau membina rakyatmu dengan taqwa
Membangun bersama Islam

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Kehidupanmu dilimpahi cahaya taqwa
Melepasi alam kemewahan
Dan kerakusan kuasa
Menentang kemungkaran politik durjana
Dengan suara lembutmu
Yang sangat mengesankan

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Pemimpin sekular memisahkan
Politik dan agama
Menyebabkan dunia politik menjadi sampah
Kotor dan memudaratkan
Engkau datang membersihkan
Mengajarkan politik beragama

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Engkau menawarkan politik baru
Berpandukan agama dan etika universal
Mengajarkan toleransi beragama
Menantang keadilan dan demokrasi
Menentang perkauman
Dan segala kedurjanaannya

Tuan guru Nik Abdul Aziz

Rakyat yang beragama dan rasional
Berdiri bersamamu
Memperjuangkan kemanusiaan
Mendukung wawasanmu
Yang akan kekal hingga abadi
Doa kami semoga rohmu dicucuri rahamat.


Sajak ini saya tulis dengan linangan air mata, mengenang setahun kepergian Tuan Guru yang dikasihi.

Malah seperti terdengar Tuan Guru berbisik kembali, "Jangan sesaatpun meninggalkan perjuangan Islam."

ABD SHUKUR HARUN

Rabu, 3 Februari 2016

Jual Negara Selepas Puas Menjahanamkan Negara.

GANR

Banyak dalam sejarah mencatatkan bagaimana jatuhnya kerajaan kerana wanita dan yang terbaru ialah tanah yang kita pijak sekarang ini. Maka benarlah akan firman dan sabda menyatakan wanita adalah paling ramai menghuni neraka. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, di letakkan martabat kaum Hawa di tempat paling atas kerana kaum Hawa adalah kaum yang paling mudah untuk ke syurga.

Islam mengangkat darjat muslimat ditempat paling mulia tetapi kerana nafsulah yang membuatkan mereka yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Wanita diberi 9 nafsu dan 1 akal berbanding dengan lelaki yang diberi 9 akal dan satu nafsu. Kerana itulah wanita tidak dibenarkan menjadi pemimpin mahu pun hakim tetapi mereka masih cuba mengakali pencipta Nya sendiri.

Demi menghalalkan segala perbuatannya, mereka mula mengunakan hukum akal dan di sokong pula kaum Adam yang jahil tetapi mengaku alim. Boleh dikatakan yang negara umat Islam memiliki pemimpin di kalangan wanita lebih ramai dari negara bukan umat Islam. Ada pemimpin negara umat Islam yang pemimpinnya dari kaum Adam tetapi yang paling berkuasa di sebalik tabir adalah kaum Hawa. Perkara seperti ini banyak berlaku di mana-mana negara tanpa mengira sempadan.

Sekarang ini Malaysia telah mengungguli di tempat teratas di mana isteri Perdana Menteri (Fisrt Lady) adalah kata pemutus setiap perkara berkaitan kuasa dan hubungan. Kerana nafsu serakah, beliau sanggup meruntuhkan sebuah masjid walau pun ketika itu beliau sudah pun mendirikan masjid. Halal haram di bangkul sampah demi cita-cita besarnya tercapai dan Perdana Menteri hanyalah tunggul kayu semata-mata kerana segala urusan negara mesti mendapat lampu hijau dari Big Ma.

Siapa yang mengenali Big Ma (Rosmah Mansor) pasti mengetahui sifat-sifat buruk yang ada pada dirinya. Jika ada antara kita yang belum membaca kisah sejarah si Tanggang atau Malim Kundang bolehlah melihat sikap itu pada Big Ma yang melenyapkan terus kehidupannya di masa lampau. Jangan kata hendak melawat malah menyebut nama kampung dan kehidupannya membuat beliau termuntah. 

Memang Big Ma seorang yang terpelajar hingga ke peringkat universiti tetapi bab berbomoh tetap menjadi amalannya. Jika tidak masakan Abg Jib sanggup menceraikan isterinya yang cukup setia, baik dan menebus talak kepada suami Big Ma, Abdul Aziz demi mendapatkan Big Ma. Bukan setakat membomohkan Abg Jib malah isteri pertama Abg Jib di fitnah gila hasil buah tangan Big Ma.

Apa yang berlaku kepada negara ketika ini, kita tidak boleh menyalahkan Abg Jib seorang kerana ia adalah disebabkan nafsu besar Big Ma yang di nobatkan sebagai Ratu Shooping Dunia. Jika tinggal di hotel RM 100,000 semalam, apalah sangat dengan cincin permata bernilai USD 24.4 juta yang di beli hasil sikap menabung dari kecil.

Amat malang buat rakyat marhaen yang saban hari para menteri-menteri bangang menyuruh berjimat cermat tetapi tanpa rasa malu mereka sendiri berboros wang negara seperti ianya milik mak bapak mereka. Jika gula naik, kurangkan penyakit kencing manis, jika harga ayam naik jangan makan ayam, jika minyak naik pakai jer basikal, bila tol naik jangan guna lebuh raya, bila takrif elektrik naik guna pelita. 

Itulah standard menteri-menteri bangang yang saban hari mengikut buntut Big Ma demi sedikit imbuhan dunia. Kerajaan beli jet baru demi menyenangkan perjalanan YDP Agung yang guna 2-3 kali setahun dan selebihnya untuk kegunaan Big Ma keliling dunia bershooping. Menteri-menteri bangang kata apa yang Big Ma lakukan adalah untuk menaikkan nama Malaysia. Bangganya kita ada Big Ma yang tolong belanjakan duit negara. 

Biar kita ikat perut supaya Big Ma dan keluarga lebih kuat berjoli. Jangan kata menteri-menteri bangang, Che Det yang maha hebat nak mampus sendiri pun tak berani menyentuh urusan Big Ma. Hebat benar bomoh yang Big Ma import dari India kerana tiada siapa yang berani menegurnya. Tegur jer pasti kena cantas dan rezeki tak masuk, dah jadi macam dewa pula walau pun cita-cita terbesarnya nak jadi Raja Permaisuri Malaysia.

Hebat sungguh puak-puak celaka nih, dah habis harta negara di tibai sekarang nak jual negara pulak atas nama samaran TPPA. Para-para pandir pulak dok canang masuk kampung keluar kampung cerita kalu Abg Jib sign jer TPPA, negara akan dilimpahi kekayaan tapi bila tanya para pandir nih apa itu TPPA terus lari masuk kereta kerana mereka sendiri pun tak tahu apa itu TPPA.

Apalah punya sial pendokong Abg Jib/Big Ma, negara dah muflis dan siap siaga nak jual negara pun masih boleh tersengih. Inilah legasi yang Che Det tinggalkan dan ia dimanfaat bersungguh-sungguh orang yang dijajakan siang malam oleh Che Det sebagai pengganti Pak Lah. Kenapalah bangang sangat yang masih memberi sokongan malah MP-MP barua mengundi sokong akan TPPA.  

Barrak Obama dah bagi klu yang TPPA adalah untuk menyelamatkan ekonomi Amerika yang sedang nazak. Pemimpin barat pula bila baca apa yang terkandung di dalam perjanjian TPPA terus menolak mentah-mentah. Mereka kata lebih baik kita berdagang seperti biasalah kerana banyak keburukan dari kebaikan tetapi kepala pengat kita bukan main lagi setuju sejak dapat main golf dengan Obama. Mungkin Obama kata kat Abg Jib, inilah pemimpin paling bangang di dunia./MYB

FB