Ahad, 21 April 2013

Bekas Ahli Umno Bertanding Dun Ajil Kerana Ingin Menjadi Kapten Kapal Umno Yang Akan Karam.

 
Mohd Nuhairi (tengah) bersama pencadang yang juga ibunya, Rokiah (kiri) dan Zainab di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu.
 
HULU TERENGGANU - Kerusi Dun Ajil menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas apabila seorang kapten kapal, Mohd Nuhairi Muhammad, 42, dari Kampung Bukit Perah tampil umumkan diri sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kehadiran Mohd Nuhairi yang juga ahli Umno seumur hidup itu ternyata mencipta kejutan dalam sejarah PRU bagi kerusi Dun Ajil, selain dikatakan mampu membuatkan kerusi disandang Datuk Rosol Wahid selama tiga penggal itu menjadi panas.

Bahang mula dirasakan susulan calon muka baru diperkenalkan BN, Ghazali Taib, 51, mendapat bantahan dan mengundang kekecewaan sebahagian penyokong BN dalam kawasan Ajil, manakala Pas mempertaruhkan Mohd Razki Alias, 41.

Menurut Mohd Nuhairi, kemunculannya sebagai calon Bebas untuk kerusi yang sebelum ini antara kubu kuat BN itu disifatkannya sebagai penyelamat, selain melihat ia sebagai persaingan sihat bagi negara demokrasi.

“Saya mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas pada petang Khamis lalu kerana melihat kerusi ini perlu diselamatkan. Kehadiran ini tepat pada waktunya dan saya yakin mampu menjadi penyelamat.

“Konteks penyelamat ini akan dapat dilihat nanti, buat masa ini hanya perlu tunggu dan lihat. Zaman sudah berubah, begitu juga dengan dunia politik yang telah mengalami perbezaan kerana sekarang adalah politik dinamik," katanya.

Menurutnya, pemikiran rakyat juga berubah dan dia tidak melihat sebarang masalah berikutan keputusan bertanding atas tiket Bebas.

Terdahulu, Mohd Nuhairi tiba di pusat penamaan calon iaitu di pekarangan Pejabat Daerah Hulu Terengganu kira-kira jam 8.30 pagi, sebelum menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.25 pagi.

Beliau yang menggunakan lambang kapal terbang mengakui, pencalonannya sebagai calon Bebas bagi kerusi Dun Ajil itu dicadangkan ibunya sendiri, Rokiah Abd Rahman, 67.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.