Ahad, 17 Mac 2013

Pengumuman Penting: Perjuangan Tetap Akan Diteruskan.


Pada hari, waktu saat ini gua dengan rasminya menukar tajuk blog gua daripada "Gerakan Anti Najib/Rosmah II" kepada "Gerakan Bebaskan Malaysia" dengan tema "Dakwa Semua Pemimpin Yang Korup". Matlamat kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian adalah sama. Dalam masa yang sama blog "Gerakan Anti Najib/Rosmah" pun akan menyusul tetapi ia mengambil masa sikit kerana blog itu adalah blog perintis kepada blog yang ada. Satu serangan besar-besaran sedang dirangka untuk dilakukan laman blog dan laman sosial seperti Facebook.

Tajuk Gerakan Anti Najib/Rosmah II mungkin tidak bersesuaian ketika ini memandangkan kita hampir menuju kemenangan pada PRU13 yang yang hanya menunggu masa sahaja untuk diadakan. Kerajaan tanpa mandat semakin takut menghadapi realiti kekalahan selepas menikmati kemewahan lebih 55 tahun.

Dengan tajuk Gerakan Bebaskan Malaysia sangat bertetapan dengan keadaan sekarang ini. Lebih 55 tahun kita menghadapi kerajaan yang diketuai Umno dan BN dengan penuh tabah walau pun kita sentiasa ditipu dalam setiap pilihan raya, kita tetap menerimanya kerana kita percaya akan perjuangan kita pasti akan mencapai kejayaan.

Kita berjuang dengan penuh istiqomah walau pun ia memakan masa yang lama kerana kita berjuang bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk anak cucu kita. Mungkin ada yang tidak sempat menikmati kejayaan dalam kerajaan yang adil tetapi kita puas. Dengan segala keringat tulang empat kerat serta sumbangan kewangan walau pun kita tidak semewah para pemimpin Umno/BN, kita tetap redha.

Adakah kamu menyatakan yang kamu sudah beriman sedangkan kamu belum lagi diuji seperti pejuang-pejuang yang telah gugur dan pergi demi melihat negara ini disinari dengan Islam. Salam dan sejahteralah kepada semua saudara-saudari kami yang tidak pernah jemu berjuang di atas bumi Allah Yang Maha Pencipta walau pun kami di anak tirikan di negara kami sendiri.

Demi Allah yang menciptakan alam ini, Tuhan yang tidak tidur yang Maha Mengetahui segala penganaiyaan yang hambanya terima daripada pemimpin yang mengaku merekalah yang paling muslim sedangkan mereka hanya menipu diri mereka sendiri.

Sungguh setelah 9 bulan berada di alam rahim maka saat ini kami berada di alam musafir demi melaksanakan apa yang telah diperintahkan kepada kami dan kami mencari bekalan, bukan wang ringgit bukan harta benda tetapi segala amalan baik kami untuk mengadap Yang Maha Esa di Padang Mahsyar demi diadili.

Dengan nama RasulMu, Muhammad bin Abdullah s.a.w. kami adalah dari kalangan umatnya yang mana hanya baginda dapat memberi syafaatnya dan dengan RahmatMu sahaja kami dapat menatap wajahmu..... Amin Amin Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.