Khamis, 21 Februari 2013

Susun Galur Kesultanan Sulu. (Bhg 2)

Fasa 4 (Pembolotan Giliran Takhta Bermula)

24. SULTAN ALIUDDIN

Adinda (adik) kepada Sultan Alimuddin @ Azimuddin-III
Sultan inilah yang merampas takhta yang sepatutnya jatuh kepada Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Alimuddin @ Azimuddin-II (Keluarga Maharaja Adinda) pada 1808, ketika mana Raja Muda Datu Bantilan tidak berada di Jolo, Sulu (sebab mengelak dari wabak cacar) pada 1808 iaitu selepas kemangkatan Sultan Alimuddin @ Azimudin-III.

25. SULTAN SHAKIRAULLAH,

Adinda (adik) Sultan Aliuddin & Sultan Azimuddin @ Alimuddin-III.
Bermulanya keluarga SHAKIRAULLAH -
(LAMBANG BARONG).
Inilah sahaja satu-satunya sultan dari KELUARGA SHAKIRAULLAH
.
26. SULTAN JAMALUL-KIRAM-I,

Putera Sultan Alimuddin @ Azimuddin-III.
Bermulanya keluarga KIRAM - (KEKAL MENGGUNAKAN LAMBANG KERIS).

27. SULTAN MUHAMMAD FADL @ SULTAN PULALUN,
Putera kepada Jamalul-Kiram-I.

28. SULTAN MUHAMMAD ADANAN (ARANAN) PUYO.[8]

.
29. SULTAN JAMALUL A’ZAM @ A'LAM, (perjanjian Pajakan Sabah 1878)


Beliau menandatangani surat perjanjian "PAJAKAN SABAH 1878" dengan Baron Von Overbeck & Alfred Dent sebagai individu pemajak (penyewa).

Perjanjian "pajakan" yang bersejarah ini tidak mendapat persetujuan dari ke-rabat diraja Maharaja Adinda Aranan mahupun para datu-datu diraja yang lain keseluruhannya.[9]

Istilah "PAJAKAN" bermaksud pajak atau sewa, bukannya "PENYERAHAN" yang membawa maksud 'menyerahkan hak keseluruhannya tanpa ada tuntutan lagi di hari kemudian'. Istilah "penyerahan" itu sendiri tidaklah membawa maksud penyerahan secara mutlak tetapi sebenarnya adalah "Amanah", lihat Kamus Dewan (Edisi Keempat) m.s. 1463 tertulis "Penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dll): Contoh ayat "Kekalahan China diikuti oleh penyerahan Hong Kong kepada British".

Walhal umum mengetahui kerajaan British akhirnya menyerahkan semula Hong Kong kepada China. Kerajaan Malaysia juga masih menganggap "PENYERAHAN" itu sebagai "PAJAKAN" ini kerana tanpa diketahui umum Kerajaan Malaysia masih tetap meneruskan bayaran pajakan Sabah itu kepada waris Kesultanan Sulu dari keluarga KIRAM hingga hari ini sebanyak RM 5000.[10]

Beliau menaiki takhta setelah mendapat bantuan dan sokongan kuat dari datuk saudaranya Maharaja Adinda Mohammad Aranan (Adanan) Puyo (menaiki takhta selama 7 hari sahaja sebelum menyerahkan takhta kepada Sultan Jamalul Azam @ A'lam dengan alasan sudah tua).

30. SULTAN BADARUDDIN-II

Beliau tiada anak lelaki cuma seorang puteri bernama Dayang-dayang Hajjah Piandao.
Jika mengikut sistem protokol Kesultanan Sulu, takhta sepatutnya diserah kepada KELUARGA MAHARAJA ADINDA kerana beliau tiada waris penyambung ketika mangkat pada 1884.

31. SULTAN HARUN AR-RASHID

.
32. SULTAN JAMALUL-KIRAM-II (Mangkat pada 1936)

Inilah Sultan Sulu yang terakhir diiktiraf oleh Dunia dan Kerajaan Filipina.
Beliau tiada zuriat sekalipun isterinya ramai.
Malangnya selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram ini telah berlaku perebutan antara waris-waris keluarga Kiram akan siapa yang berhak keatas takhta Sulu (terutamanya berebut terhadap siapa yang berhak keatas wang "pajakan" Borneo Utara). Waris-waris yang menuntut kebanyakannya adalah wanita tetapi tidak mendapat sokongan dari "Rumah Bicara". Akhirnya telah mendapat reaksi dari Kerajaan Filipina (sebagai yang diamanahkan membangunkan Sulu) dengan tidak mengiktiraf lagi sesiapa yang dilantik sultan mahupun sultanah (Pangyan) dari keluarga Kiram.
________________________________________________________________________

Fasa 5 (Era kesultanan Tanpa Kedaulatan Bermula)


Kami berpandangan bahawa sejarah kesultanan di dunia yang paling ramai menyamar jadi sultan ialah Kesultanan Sulu (sejak 1936 hingga sekarang). Selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram-II itu awal-awal lagi anak angkatnya melantik diri sebagai waris Sultan Sulu, sejak itu ramai yang muncul melantik diri menjadi Sultan sekalipun tanpa nasab keturunan yang jelas. Mereka bertindak masuk keluar kampung orang-orang Sulu mengutip wang dengan menjual 'name card' kesultanannya. Malangnya masyarakat Sulu yang berada di Sabah yang selalu tertipu.

Natijahnya orang-orang Sulu sudah naik menyampah dengan keadaan seperti ini. Sekarang ada pula individu di Malaysia yang menubuhkan satu persatuan (berdaftar di Malaysia) Kebudayaan dan kesultanan Sulu yang mendakwa bahawa beliau adalah putera kepada Sultan Mahakuttah Kiram yang sah. Kami pernah berjumpa dengan 'beliau' dan pernah minum bersama, malangnya kami dapati beliau juga adalah "penyamar".

Walaubagaimana pun kami tidaklah mempertikaikan dakwaannya sebagai anak Sultan Mahakuttah yang bernama Muedzullail Kiram itu sebabnya sesiapa sahaja yang mendakwa waris sultan sulu dari keluarga KIRAM hari ini sekiranya punya "Fulus" yang banyak boleh sahaja melantik atau menggelar dirinya dengan gelaran apa pun yang dia mahu. Tetapi sekiranya kita melihat Salsilah yang mereka bawa tentang kesahihan nasab mereka dari Kesultanan Sulu itu tanpa bukti-bukti berupa sokongan keluarga terdekat yang mengenali mereka tentu sahaja kita dapat mengenali samada mereka "Palsu", "Penyamar", "Pembohong Besar" atau sememangnya layak digelar Sultan Sulu.

33. SULTAN ESMAIL KIRAM I (1947-1973)

Adalah keluarga dari Kiram, lahir pada Februari 1907
Bekerja sebagai guru sekolah dan guru disiplin.
Menyertai tentera Perang Dunia ke-II dengan pangkat Major dan bertugas dengan tentera Amerika Syarikat di Timur Jauh.

Anak sulung Raja Muda Mawallil-Wasit melalui isteri pertama bernama Dayang Ennang
Salah seorang dari 9 waris kepada penerima hasil pajakan Borneo Utara (Sabah) melalui persetujuan Macasckie di Sandakan, Sabah pada 1939.
Dianggap layak menjadi Sultan Sulu sekalipun tidak dipandang oleh kerajaan Filipina (Di manakah kelayakan untuk menjadi Sultan Sulu sedangkan rela menjadi tentera kerahan Amerika Syarikat?).

34. SULTAN MAHAKUTTA A.KIRAM (1974-1986)

Dari keluarga Kiram juga
Lahir pada 1 Ogos 1941, meninggal 16 Feb 1986.
Kemudian menjadi timbalan Mayor yang seterusnya menjadi mayor di Maimbung.
Pemangku Governor di Sulu.

Anak yang paling tua Sultan Esmail Kiram I.
Berkahwin dengan isteri pertama Puteri Farida T. Kiram. Dikurniakan zuriat Dayang-dayang Xuharra, Raja Muda Datu Muedzul-Lail-Kiram, Dayang-dayang Dinwasa dan Datu Yldon.

Isteri kedua, Puteri Miriam Kiram dari Tarlac melahirkan 4 anak perempuan; Dayang-dayang Normahal, Dayang-dayang Aisah dan Dayang-dayang Tanya.

35. SULTAN MUHAMMAD FUAD ABDULLA KIRAM I (Sultan Sulu hari ini?)

Juga adalah Keluarga Kiram, lahir pada 24 Oktober 1954.

Anak keempat Sultan Esmail Kiram I melalui isteri Pangyan Haji Nanang Abdullah Kiram.
Adik kepada Sultan Mahakuttah A.Kiram.

Anak-anak: Putera Ezzarhaddon A. Kiram, Putera Al-Mezzheer A. Kiram, Fuad A. Kiram, Putera Mohammad Ismail A. Kiram, Puteri Leila Mae Kiram, Puteri Maryam Jaya Kiram

Kononnya ditabal menjadi Sultan pada 3 Jun 2006 oleh Datu Diraja dan Datu-datu serta Syarif-syarif di Sulu dan Sabah.

Beliau mendakwa turut disokong oleh MNLF Filipina sebagai Sultan Sulu dan Sabah.
Malangnya pusat pentadbiran beliau ialah di Tawi-tawi (Sepatutnya di Sulu), yang ada di Sulu cuma pejabat "Rumah Bicaranya".

Sila lihat laman rasmi Sultan Muhammad Fuad Kiram di http://www.royalsulu.com/.
*Perhatian: Sila perhatikan pada fasa 5 (Era Kesultanan Tanpa Kedaulatan Bermula) kerana terdapat kemusykilan yang boleh diperbahaskan secara lanjut.
Bersambung........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.