Rabu, 4 Januari 2012

Skandal NFC: Sindiwara Umno MeLEMBUkan Rakyat.

Nampaknya pihak polis dan SPRM telah menyasarkan seorang individu yang bergelar 'Datuk' untuk menutup skandal National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang sedang dihadapi oleh seorang menteri wanita dan keluarganya. Inilah gerak kerja yang dilakukan oleh Najib untuk melindungi para kroni dan pengampunya. Masih ingatkah lu all tentang 'Ops Lalang' dizaman rejim Mahathir pada era 80'an?. Berpuluh-puluh pemimpin pembangkang daripada PAS dan DAP telah dihumban ke penjara dibawah akta ISA laknatullah.

'Ops Lalang' adalah kesinambungan legasi Najib dengan pemimpin kanan MCA berkaitan 'Ketuanan Melayu', iaitu bangsa Melayu juga adalah bangsa pendatang sama seperti bangsa Cina dan India. Perbalahan Najib yang ketika itu adalah Ketua Pemuda Umno dengan Lee Kim Siang, Naib Presiden MCA tiada penghujungnya maka rejim Mahathir telah menasihatkan dua ekor celaka ini pi berehat kat luar negara dan para pemimpin PAS dan DAP yang tidak terlibat langsung dalam perbalahan mereka telah di rehatkan oleh rejim Mahathir kat Kemunting, Taiping.

Perkara ini sama seperti yang berlaku sekarang ini apabila Ketua Audit Negara telah mendedahkan akan salah urus projek Lembu Negara oleh NFC yang dikawal milik oleh suami dan anak-anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil. Dengan menggunakan dana awam yang berjumlah RM 250 dan pemberian tanah seluas 500 ekar, Shahrizat and Hubby and Sons and Celaka telah meLEMBUkan ahli Umno dan rakyat Malaysia.

Dalam kehangatan isu yang sememangnya hangat macam bara api, SPRM telah melepaskan kepada pihak polis untuk menyiasat walaupun laporan salahguna kuasa dan rasuah adalah bidang kuasa SPRM. Mungkin SPRM tidak cukup merit untuk mendakwa Datuk Seri Mohd Salleh kerana beliau adalah suami kepada Shahrizat, seorang Menteri dan juga seorang Ketua Wanita Umno Malaysia.

Untuk menunjukkan yang mereka melakukan kerja walau pun siasatan yang dilakukan sambil lewa, maka ditangkap seorang yang bernama Shamsubahrin Ismail yang dikatakan telah menipu pengerusi NFC, syarikat perternakan Lembu negara yang tidak tahu menternak lembu. Gua pun tak tahu adakah Shamsubahrin adik kepada Mohd Salleh kerana kedua-duanya berbapakan Ismail, yaitu Shamsubahrin bin Ismail dan Mohd Salleh bin Ismail.

Untuk melindungi suami dan anak-anak Shahrizat, maka Shamsubahrin telah didakwa kononnya menipu CEO NFC, Datuk Seri Mohamad Ismail yang bodoh dalam bidang perternakan lembu sebanyak RM 1.755 juta dengan dakwaan dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bagaimana cara nak meLEMBUkan dana RM 250 juta dan geran RM 6 juta (Seksyen 402 Kanun Keseksaan). 

Ini adalah cerita sebelah pihak sahaja kerana yang sebenarnya cek tersebut adalah untuk disogokkan kepada pengawai penyiasat yang menyiasat kes penyalahgunan dana NFC sebanyak RM 250 juta. Shamsubahrin hanyalah bertindak sebagai orang tengah sahaja kerana cek yang berjumlah RM 1.755 juta tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Salleh sendiri. Gua rasa Datuk Seri Mohamad Sallehlah dalang yang cuba menyogok pegawai penyiasat.
  • 9 Disember 2009, NFC telah membeli sebuah Mercedes Benz CLS 350 CGI yang bernilai RM 534,622
  • Pembelian 2 lot tanah PT1886 dan PT1887 diPutrajaya yang bernilai RM 3,363,507 atas nama syarikat NMLC.
  • 12 bayaran kepada syarikat pelancongan Impian Global Network Service (IGNS) yang berjumlah RM 455,423 untuk melancong keluar negara mereka sekeluarga.
  • NFC memindahkan S$530,000 (RM 1.3 juta) pada Oktober 2010 dan Disember 2010  keakaun Meatworks (Singapore) Pte Ltd, perniagaan restoran mewah milik keluarga Shahrizat sendiri.
  • Pembelian yang paling meloyakan dalam skandal NFC ialah sebuah kondominium mewah seluas 2,282 kaki persegi di alamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore S$ 4,107,600 (RM 9.9 juta) didaftar terus diatas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.
  • Pembelian 2 buah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar atas nama NMLC bernilai RM 13.8 juta.
  • Gaji CEO NFC RM 100,000 dan dua anaknya ialah RM 45,000 dan RM 35,000 sebulan.
  • Sumbangan untuk Umno tidak diketahui jumlahnya dan dijangkakan ia satu jumlah yang besar.
Inilah sebagai daripada skandal NFC dengan dana sebanyak RM 250 juta, geran RM 6 juta dan tanah seluas 500 ekar yang kemudiannya diambil balik oleh kerajaan Negeri Sembilan kerana tanah itu tidak digunakan seperti yang dirancangkan. Seperti yang dilaporkan oleh pihak berkuasa, hasil siasatan sudah 80% siap tetapi tiada langsung nama suami dan anak-anak Shahrizat dikaitkan

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.