Jumaat, 20 Januari 2012

Jawatan MB Kedah: Belum Menang Pun Pemimpin Umno Sudah Berebut Kerusi.


Jawatan Menteri Besar Kedah semakin panas di perkatakan oleh para pemimpin Umno yang semakin hari semakin sasau. Ini cerita yang Umno/BN belum dapat merampasnya lagi dan tak tahulah bagaimana jika ditakdirkan Umno/BN berjaya merampas Kedah PRU13 nanti, pasti perkara ini akan bertambah-tambah haru-biru. Ketika ini Umno Kedah mempunyai banyak kem-kem politik masing-masing yang mana semuanya bercita-cita untuk jawatan tersebut.

Ada kem Ahmad Basha (Pengerusi Perhubungan Umno Kedah), ada kem bekas MB yang lepas, Khalid dan ada kem Mukhriz (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah) dan yang pasti kem Mukhrizlah yang paling hebat kerana bapak dia (Mahathir) ada kat belakang. Tapi sebenarnya Mukhriz tidak suka dengan jawatan MB kerana beliau lebih mengidamkan jawatan yang lebih tinggi, iaitu jawatan Perdana Menteri. 

Ini boleh dibaca dengan kenyataan beliau kepada wartawan yang mana beliau menyatakan yang beliau lebih selesa dengan apa yang beliau miliki sekarang ini sebagai ahli parlimen Jerlun. Ia sebagai satu isyarat kat Najib agar jangan sesekali meletakkan beliau bertanding sebagai calon ahli dewan undangan negeri kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar dan hebat, sehebat bapaknya. Beliau tahu sekali melekat jawatan adun, maka peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri akan hancur berkecai.

Ramai di kalangan pemimpin Umno sedar akan perkara ini tetapi mereka menjadi bacul untuk menyatakan kerana taring Mahathir masih lagi panjang walau pun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti Umno tetapi pengaruhnya cukup besar untuk menjatuhkan seseorang pemimpin yang beliau tidak kehendaki.

Mukhiraz berpandangan jauh tentang politik Umno yang semakin cacamarba dengan berbagai isu yang mana ia boleh menghumbangkan Umno ke alam kubur. Mukhriz merasakan yang beliau boleh memainkan peranan dalam mencorakkan kembali politik Umno yang sudah koyak rabak dengan skandal-skandal yang sedang menghantui pemerintahan Najib dan Rosmah. Beliau tidak akan memandang dengan jawatan Menteri Besar Kedah yang mengikut perkiraannya, pasti akan terbantut jika beliau diserahkan jawatan kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat.

Realitinya, beliau bukannya seorang arkitek politik yang hebat berbanding dengan bapaknya Mahathir 'Sang Separuh Melayu Yang Mudah Lupa'. Kerana itulah peranan dan kehebatan dan sokongan bapaknya (itu pun jika Mahathir rasa beliau masih mempunyai pengaruh yang lebih besar dari Najib, Rosmah dan para pemimpin Umno yang lain) diperlukan untuk mempengaruhi Najib dan Rosmah agar beliau tidak diletakkan bertanding di salah satu DUN Kubang Pasu.

Inilah anak kepada seorang mantan PM yang memegang ideologi 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang menjadi kitab rujukan beliau yang utama melebihi kitab Al-Quran itu sendiri. Daripada ideologi songsang  karangan Niccolo Machiaveli yang bertajuk The Prince (abad ke 16). Inilah yang dipegang erat oleh bapak beliau selama 22 tahun menjadi rejim berkuku besi, beliau telah dibutakan oleh corak pemikiran pragmatisme yang mengagungkan manfaat/hasil, cara yang ditempuh pun tidak lagi mempertimbangkan halal haram. Seakan yang menjadi pedoman adalah prisip the end justifies the means (tujuan dapat menghalalkan cara), prinsip rumusan Niccolo Machiaveli yang nyata bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam kerana dakwah yang amat penting ialah, tujuan tidak boleh menghalalkan segala cara.

Maka pasti perkara ini akan kembali berlaku pada Mukhriz dan akan digunakan sebaik-baiknya oleh Najib dan Rosmah yang menghadapi rakyat marhaen dalam PRU13 nanti. Najib dan Rosmah tahu akan akibat yang terpaksa mereka lalui pada penghujung perjalanan karier politik mereka yang penuh dengan skandal. Mungkin Mukhriz melihat ini adalah satu peluang sekali seumur hidup buat beliau dalam memimpin kembali Umno yang sudah tercalar disebabkan kerakusan Rosmah dalam urusan negara yang sepatutnya beliau tidak boleh campuri.

Walau sekarang ini bermacam-macam program telah dilakukan oleh dua barua ini atas nasihat APCO untuk mengambil hati rakyat marhaen, ia masih belum cukup untuk membersihkan diri mereka, keluarga, adik-beradik, kroni-kroni dan tidak lupa para pencacai celaka tahap sial dari dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Apakah cukup dengan RM 500 dan RM 3,000 untuk bayaran sekali dalam seumur hidup kepada rakyat marhaen dapat membuat rakyat marhaen lalai dan lupa segala kerosakan yang telah mereka lakukan kepada negara?. 

Buat rakyat marhaen, berapa banyak mana pun Najib dan Rosmah hulurkan, ambil jangan tak ambil kerana duit itu bukan milik mak bapak mereka kerana duit itu adalah milik kita sebagai rakyat Malaysia sendiri. Jika Rosmah ingin menawarkan untuk memberikan cincin permata (RM 73 juta), gelangan tangan (RM 1.2 juta), beg tangan berjenama Birkin (RM 90,000 - RM 120,000), ambil jangan tak ambil kerana barang-barang itu dibeli dengan hasil rompakan oleh beliau dan Najib. Tetapi jangan lupa, kita nyah dan hadapkan Najib, Rosmah dan orang-orang yang rapat dengan beliau di muka pengadilan sekiranya kita dapat merampas kerajaan pusat pada PRU13 nanti....... Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.