Selasa, 10 Januari 2012

Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS


Walaupun Datuk Hasan Ali mempunyai peluang merayu terhadap pemecatannya kelmarin, peluang bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu kembali ke pangkuan parti Islam itu dilihat amat tipis.


hadi awang on hasan ali sacking 080112Ini kerana, keputusan memecatnya serta merta sebagai anggota parti didakwa didorong oleh pemimpin tertinggi dalam parti Islam itu, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Tetapi, presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Hasan dipecat," dakwa penulis blog yang rapat dengan PAS Abu Bakar Rashid.


Menulis dalam blognya, Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai "Penarik Beca" mendedahkan, majoriti anggota jawatankuasa pusat PAS hanya mahu Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan sahaja.


azlanSejak tiga tahun lalu, Abu Bakar antara penulis blog bahagian hadapan yang rancak mengkritik dan mendedahkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno.


Ketika dihubungiMalaysiakini, sumber mengesahkan spekulasi Abu Bakar dengan menambah bahawa Nik Aziz yang juga mursyidul am antara yang mengutarakan cadangan pemecatan itu ekoran kenyataannya yang didakwa sering mencemuh garis parti./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.