Isnin, 23 Januari 2012

Umar Abdul Aziz Tinggalkan 1 bilion Dinar, Berapa Pula Yang Umno Tinggalkan???


Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz r.a. meninggalkan 1 bilion dinar (mengikut nilai sekarang lebih kurang RM750 bilion) dalam perbendaharaan selama dua tahu setengah pemerintahannya, berapa pula Umno yang dipimpin Najib tinggalkan untuk negara. Hampir 55 tahun Umno/BN memerintah negara dan sebanyak RM 1.02 trilion dilaporkan hilang dalam masa 10 tahun terakhir ini oleh badan dunia melalui amalan rasuah, pengubalan wang haram dan bermacam-macam skandal. Mungkin yang tinggal hanyalah dua biji telor yang disimpan dengan rapi tetapi jika ianya boleh dicabut, pasti dua biji telor itu pun akan lesap.

Pemimpin Umno jangan bercakap besar dalam tadbir urus negara jika hidup mati negara dikelilingi hutang yang tidak terhitung jumlahnya. Apabila ada pemimpin DAP yang ingin mengikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., mereka dengan nada sombong memperlekehkannya. Sepatutnya sebagai umat Islam kita patut berbangga dengan contoh yang ditinggalkan oleh Umar Abdul Aziz r.a., apatah lagi ada pemimpin bukan Islam ingin mencontohi beliau. Inilah sikap haprak Umno yang semakin hari semakin celaka dengan memerah keringat warga marhaen. 

Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., harta yang ada di baitumal terlalu banyak sehinggakan tidak tahu mana hendak diagihkan kerana tiada rakyat yang susah berbanding dengan pemerintahan Umno yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk merompak wang yang ada dalam simpanan rakyat. Apa alasan Umno terhadap pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz r.a., mungkin mereka akan kata kerajaan Islam ketika itu sudah kaya dan pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz r.a. sudah pun bertapak kukuh. 

Sebagaimana pendedahan terbaru tentang pembelanjaan Rosmah di Australia baru-baru ini baca sini yang berbelanja besar. Inilah contoh pemimpin-pemimpin Umno/BN yang korup dan menyusahkan warga marhaen saban hari. Bagi mereka 'harta rakyat adalah harta mereka dan harta mereka adalah harta mereka', slogan yang cukup sinonim dengan pemimpin Umno/BN. Gua apa peduli rakyat susah, janji gua dan keluarga gua hidup senang. Bila rakyat bising, gua sumbat kat mulut mereka dengan beberapa ratus RM pasti hilang bisingnya. 

Bagi gua inilah kebodohan yang ada pada ahli Umno yang gua umpamakan, bila lepas pilihan raya bukan main marah mereka kat pemimpin mereka sampai berguni-guni sumpah seranah mereka kerana pemimpin mereka tidak langsung menjengukkan muka. Bila dekat pilihan raya baru nampak batang hidung mereka mencari simpati dan dengan menepuk bahu dengan beberapa keping note RM 50 masuk poket, hilang terus sumpah seranah mereka selama 5 tahun. Itulah nilai sebenar ahli-ahli Umno bagi para pemimpin mereka sambil dalam hati pemimpin tersebut akan berkata, betapa bodohnya pengikut-pengikut Umno.

Gua merayu kepada para penyokong tegar Umno agar fikir dengan akal yang waras menolak Umno/BN pada PRU13 nanti dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memrintah untuk kita menilainya. Jika mereka pun perangai macam Umno/BN, maka kita pakat-pakat tolak terus pada PRU14. Kita patut memikirkan apa yang akan berlaku kepada anak cucu kita jika kerajaan yang kita dokong ini muflis kerana nafsu serakah segelintir pemimpin Umno yang diketuai oleh Rosmah Mansor.

Jumaat, 20 Januari 2012

Jawatan MB Kedah: Belum Menang Pun Pemimpin Umno Sudah Berebut Kerusi.


Jawatan Menteri Besar Kedah semakin panas di perkatakan oleh para pemimpin Umno yang semakin hari semakin sasau. Ini cerita yang Umno/BN belum dapat merampasnya lagi dan tak tahulah bagaimana jika ditakdirkan Umno/BN berjaya merampas Kedah PRU13 nanti, pasti perkara ini akan bertambah-tambah haru-biru. Ketika ini Umno Kedah mempunyai banyak kem-kem politik masing-masing yang mana semuanya bercita-cita untuk jawatan tersebut.

Ada kem Ahmad Basha (Pengerusi Perhubungan Umno Kedah), ada kem bekas MB yang lepas, Khalid dan ada kem Mukhriz (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah) dan yang pasti kem Mukhrizlah yang paling hebat kerana bapak dia (Mahathir) ada kat belakang. Tapi sebenarnya Mukhriz tidak suka dengan jawatan MB kerana beliau lebih mengidamkan jawatan yang lebih tinggi, iaitu jawatan Perdana Menteri. 

Ini boleh dibaca dengan kenyataan beliau kepada wartawan yang mana beliau menyatakan yang beliau lebih selesa dengan apa yang beliau miliki sekarang ini sebagai ahli parlimen Jerlun. Ia sebagai satu isyarat kat Najib agar jangan sesekali meletakkan beliau bertanding sebagai calon ahli dewan undangan negeri kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar dan hebat, sehebat bapaknya. Beliau tahu sekali melekat jawatan adun, maka peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri akan hancur berkecai.

Ramai di kalangan pemimpin Umno sedar akan perkara ini tetapi mereka menjadi bacul untuk menyatakan kerana taring Mahathir masih lagi panjang walau pun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti Umno tetapi pengaruhnya cukup besar untuk menjatuhkan seseorang pemimpin yang beliau tidak kehendaki.

Mukhiraz berpandangan jauh tentang politik Umno yang semakin cacamarba dengan berbagai isu yang mana ia boleh menghumbangkan Umno ke alam kubur. Mukhriz merasakan yang beliau boleh memainkan peranan dalam mencorakkan kembali politik Umno yang sudah koyak rabak dengan skandal-skandal yang sedang menghantui pemerintahan Najib dan Rosmah. Beliau tidak akan memandang dengan jawatan Menteri Besar Kedah yang mengikut perkiraannya, pasti akan terbantut jika beliau diserahkan jawatan kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat.

Realitinya, beliau bukannya seorang arkitek politik yang hebat berbanding dengan bapaknya Mahathir 'Sang Separuh Melayu Yang Mudah Lupa'. Kerana itulah peranan dan kehebatan dan sokongan bapaknya (itu pun jika Mahathir rasa beliau masih mempunyai pengaruh yang lebih besar dari Najib, Rosmah dan para pemimpin Umno yang lain) diperlukan untuk mempengaruhi Najib dan Rosmah agar beliau tidak diletakkan bertanding di salah satu DUN Kubang Pasu.

Inilah anak kepada seorang mantan PM yang memegang ideologi 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang menjadi kitab rujukan beliau yang utama melebihi kitab Al-Quran itu sendiri. Daripada ideologi songsang  karangan Niccolo Machiaveli yang bertajuk The Prince (abad ke 16). Inilah yang dipegang erat oleh bapak beliau selama 22 tahun menjadi rejim berkuku besi, beliau telah dibutakan oleh corak pemikiran pragmatisme yang mengagungkan manfaat/hasil, cara yang ditempuh pun tidak lagi mempertimbangkan halal haram. Seakan yang menjadi pedoman adalah prisip the end justifies the means (tujuan dapat menghalalkan cara), prinsip rumusan Niccolo Machiaveli yang nyata bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam kerana dakwah yang amat penting ialah, tujuan tidak boleh menghalalkan segala cara.

Maka pasti perkara ini akan kembali berlaku pada Mukhriz dan akan digunakan sebaik-baiknya oleh Najib dan Rosmah yang menghadapi rakyat marhaen dalam PRU13 nanti. Najib dan Rosmah tahu akan akibat yang terpaksa mereka lalui pada penghujung perjalanan karier politik mereka yang penuh dengan skandal. Mungkin Mukhriz melihat ini adalah satu peluang sekali seumur hidup buat beliau dalam memimpin kembali Umno yang sudah tercalar disebabkan kerakusan Rosmah dalam urusan negara yang sepatutnya beliau tidak boleh campuri.

Walau sekarang ini bermacam-macam program telah dilakukan oleh dua barua ini atas nasihat APCO untuk mengambil hati rakyat marhaen, ia masih belum cukup untuk membersihkan diri mereka, keluarga, adik-beradik, kroni-kroni dan tidak lupa para pencacai celaka tahap sial dari dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Apakah cukup dengan RM 500 dan RM 3,000 untuk bayaran sekali dalam seumur hidup kepada rakyat marhaen dapat membuat rakyat marhaen lalai dan lupa segala kerosakan yang telah mereka lakukan kepada negara?. 

Buat rakyat marhaen, berapa banyak mana pun Najib dan Rosmah hulurkan, ambil jangan tak ambil kerana duit itu bukan milik mak bapak mereka kerana duit itu adalah milik kita sebagai rakyat Malaysia sendiri. Jika Rosmah ingin menawarkan untuk memberikan cincin permata (RM 73 juta), gelangan tangan (RM 1.2 juta), beg tangan berjenama Birkin (RM 90,000 - RM 120,000), ambil jangan tak ambil kerana barang-barang itu dibeli dengan hasil rompakan oleh beliau dan Najib. Tetapi jangan lupa, kita nyah dan hadapkan Najib, Rosmah dan orang-orang yang rapat dengan beliau di muka pengadilan sekiranya kita dapat merampas kerajaan pusat pada PRU13 nanti....... Insyaallah.

Rabu, 18 Januari 2012

Menteri Yang Disiasat Tentang Sumbangan RM 300,000

azalina othman kereta Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?

Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan.

Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima ‘sumbangan’ berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.

Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu  menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM.
Ia memetik sebuah blog yang mendedahkan bahawa seorang bekas menteri menerima wang berkenaan pada 7 April, tahun lalu daripada kontraktor projek jambatan bengkok. Penulis blog itu mempersoalkan tujuan dan mengapa sumbangan dihulurkan.

azalina othman rasuah1 Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?
 Cek menunjukkan syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) telah “memberikan sumbangan ” kepada penama yang tertera di dalam cek itu iaitu Azalina Othman Said.
azalina othman rasuah 2 Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000?
Episod kes sumbangan kepada Azalina Othman Said ini bermula apabila :

  • Pada permulaannya, AMPM telah pun menyelengara bangunan tersebut tanpa surat notice atau invoice
  • Kalau ikutkan sebenarnya kontrak antara Public Works Department (PWD) dengan AMPM telah tertangguh kerana didakwa terdapat ketidaktelusan tawaran harga yang diberikan oleh AMPM kepada PWD dalam tawaran kontrak. Jadi akhirnya tertangguh.

awang adek rasuah Azalina Othman Said. Inikah Bekas Menteri Yang Disiasat SPRM Melibatkan Sumbangan RM300,000? 


Isnin, 16 Januari 2012

Isu Murtad: PAS Sudah Lama Perjuangkan, Dimana Hasan Ali Ketika Itu...!!!


Isu murtad yang diperjuangkan oleh Hasan Ali sebenarnya sudah lama PAS bawa dan Dr Hasan Ali dan Perkosa bukan jaguh sebenar. Seingat gua, TG Haji Hadi telah membawa isu ini ketika beliau pertama kali mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Marang. Dimanakah Dr Hasan Ali ketika..!!! Mungkin beliau berada di Biro Tata Negara (BTN) sebagai penyelia jabatan yang cukup terkenal mencuci pemikiran penjawat awam agar membenci pembangkang, terutamanya parti yang beliau baru dipecat iaitu PAS. Bukahkah beliau diantara individu yang memainkan peranan utama dalam BTN dengan menyediakan segala kertas kerja untuk krusus yang dianjurkan oleh BTN.

Apa pula peranan Ibrahim Ali semasa isu murtad diusulkan oleh TG Haji Hadi semasa dibawa ke parlimen...!!! Apakah beliau menyokong usul tersebut kerana seingat gua, tiada seorang pun ahli parlimen dari Umno yang menyokong usul tersebut untuk dibahaskan. Mereka bukan sekadar tidak menyokong, malah mereka menentang keras usul murtad untuk dibahaskan kerana Mahathir tidak menyukainya. Buat Brahim Ali, lu jangan berlagak jaguh setelah tidak berada didalam kerajaan kerana rakyat kenal siapa lu sebenarnya. Gua boleh kata yang Brahim Ali diantara MP BN yang menolak usul tersebut kerana ketika itu Brahim antara pengampu kuat kepada mantan Perdana Menteri, Mahathir.

Sebagaimana Mufti Perak yang selalu berkata tentang murtad, jika nasihat beliau kepada Mahathir tidak mahu diambil peduli oleh Mahathir dan kerajaan perkauman Umno, beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai mufti untuk menunjukkan betapa beliau memandang serius isu murtad. Tetapi kerana tidak ingin kehilangan jawatan mufti yang bertaraf Exco dan kemewahan hidup, beliau sanggup mengadaikan keilmuan yang ada pada beliau. Kerana itulah ulama-ulama besar dizaman khalifah Islam dulu sunggup dipenjarakan kerana menolak jawatan yang amat besar ketika itu.

Gua pun tak tahu dimana silapnya manusia yang bernama Dr Hasan Ali kerana gua tahu beliau ada bagusnya disatu sudut tetapi bila beliau terlalu banyak bercakap dengan media-media pencacai, maka kesilapan beliau semakin banyak. Beliau merasakan yang hanya beliau sahaja yang betul dan orang lain semua tak betul sehinggakan Presiden PAS TG Haji Hadi sendiri dilarang melakukan takzirah kat masjid-masjid dalam negeri Selangor. Apakah keilmuan yang ada pada TG Haji Hadi masih belum cukup untuk diberikan tauliah memberi takzirah kat masjid di Selangor.

Keangkuhan Dr Hasan Ali semakin terserlah dengan tindak tanduknya apabila beliau merasakan yang beliau semakin kuat dengan sokongan Istana. Sebagaimana dengan kenyataan terbarunya berkaitan dengan jawatan Exconya. Beliau menemplak PAS yang tergesa-gesa akan mengumumkan penganti beliau sebagai Exco dan mengaku yang beliau masih lagi ahli PAS sedangkan beliau sendiri mengumumkan kepada media yang tidak akan membuat rayuan. Apakah PAS akan menunggu beliau membuat rayuan baru jawatan Exco akan diisi dan hebat sangat ker manusia yang bernama Dr Hasan Ali sampai PAS sendiri disuruh menunggu.

Beliau mungkin terlupa dengan sejarah Islam, bagaimana para sahabat r.a. bermusyawarah untuk penganti Rasulullah s.a.w. sedangkan jasad Rasulullah sendiri belum dimakamkan. Maka apa yang PAS lakukan adalah betul mengikut kaedah Islam kerana jawatan Exco ini berkaitan dengan hal ehwal Islam. Lu dan Brahim Ali bukanlah juara sebenar dalam isu murtad kerana ia sudah lama menjadi agenda PAS sebelum lu jadi ahli PAS lagi. Lu tanyalah Brahim Ali, siapa sebenarnya yang membenarkan umat Islam Malaysia murtad jika bukan bekas parti brahim Ali iaitu Umno Celaka.

Buat Dr hasan Ali, jika lu dah sahkan yang lu tak akan membuat rayuan, buat apa lu nak bising-bising pula dengan jawatan itu. Lu cakap lu tak nak buat rayuan tetapi kenapa lu tidak melepaskan jawatan itu secara terhormat dan apakah lu terlalu sayang sangat dengan jawatan itu. Lu sebagai seorang yang bergelar pakar motivasi sepatutnya bermuhasabah tentang diri lu kerana lu dilantik sebagai Exco bukan kerana kehebatan lu tetapi atas kapasiti lu sebagai ahli PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor. Takkan perkara kecil macam nih pun gua nak kena bagi tahu. Lu sendiri fikir ler wahai Dr Hasan Ali....!!!!!

Nik Aziz: Berhentilah Malukan Anwar


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

NONE"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz (atas) yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula
jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang," katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda./Malaysiakini

Sabtu, 14 Januari 2012

Skandal NFC: Apakah Cukup Dengan Hanya Membekukan Asetnya?

 Memang gemuk sama gemuk dengan akaun yang penuh berisi dana NFC RM 250 juta.

Nampaknya laporan daripada blogger-blogger fasik yang diupah oleh keluarga Shahrizat untuk memutar belitkan fakta dan cerita tidak menjadi, malah laporan dari blogger-blogger fasik tahap celaka sendiri terjerat dengan fakta yang direka-reka oleh mereka. Hello bro..... ini bangkai gajah ler bukannya bangkai ayam yang lu all boleh sorok-sorok yang mana kesudahannya lu all sendiri yang menjadi bangkainya.

Nampaknya Najib sendiri sudah tak boleh tolong menipu untuk Shahrizat, suami dan anak-anaknya. Gua boleh kata yang Najib cukup berat untuk membekukan aset NFC (Baca Aset NFC Dibekukan) tetapi desakan demi desakan oleh PR dan MP-MP BN sendiri membuatkan Najib semakin panas punggung. Dalam masa PRU13 yang semakin hampir dan Umno/BN sendiri penuh dengan skandal-skandal, apakah cukup sekadar dengan pembekuan aset milik NFC?.

Apa khabar DS Rosmah, sihat ker.... !!!! Dah kemas ker, barang-barang yang berharga untuk dibawa ke Kazakhstan??. Lama dah gua tak dengar khabar berita tentang projek Permata RM 111 juta dan cincin permata USD 24.458 juta (RM 74.596 juta). Berapa kotak yang diperlukan untuk mengisi beg-beg tangan jenama Birkin?. Gua boleh tolong carikan kotak-kotak kosong, itu pun jika DS Rosmah terdesak sangat-sangat.
Beg tangan berjenama Birkin yang diberi gelaran Hermes Diamond Birkin berwarna merah yang diperbuat dari kulit buaya bertatahkan 18 karat emas putih dan berlian dilelong pada harga USD 203,150.00 (RM 636,100.00)
Bagai pelanduk dua serupa, sama pula dengan yang kat tangan DS Rosmah dan pada waktu yang sama beliau berjalan seiring dengan tauke lembu NFC.

Gua tak rasa yang Shahrizat akan berdiam diri jika beliau didakwa kerana skandal kapal selam Scopene dengan komisennya sahaja lebih dari RM 500 juta yang melibatkan Perimekar, syarikat yang baru ditubuhkan oleh Razak Baginda dan isterinya. Syarikat yang tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau pun kepakaran sepertimana juga dengan syarikat NMLC milik keluarga Shahrizat yang tidak memiliki kepakaran tentang Lembu..

Ketika itu, Razak Baginda adalah penasihat kepada Najib semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan. Untuk menyelamatkan masa depan Rosmah dan Najib, seorang warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah dibunuh dengan kejam iaitu meletupkan jasad beliau dengan C4 sehingga berkecai, yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan dagingnya sahaja. Gua boleh kata yang Rosmah dan Najib semakin ketar lutut dengan skandal ini kerana ia lebih besar dari Skandal NFC yang sampai ke tahap melenyap terus satu nyawa.

Apakah Rosmah dan Najib boleh berlepas tangan setelah dua anggota polis iaitu Sirul dan Azilah yang juga pengawal Najib dijatuhi hukuman gantung dan melepaskan Razak Baginda. Sedangkan penglibatan ketua pengawal Najib, Musa Safri dan Nasir Safar pegawai khas Najib selama 20 tahun langsung tidak disabitkan malah tidak dipanggil langsung untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Gua pun tak tahu adakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan juga mengancam keluarganya apabila dia (Nazim) bertemu Bala pada pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama. Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan (tauke karpet) yang kenal rapat dengan Rosmah dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala.

Inilah watak-watak utama dalam skandal-skandal yang amat memalukan negara dan umat Islam kerana terlalu mengejar kemewahan duniawi, mereka sanggup melakukan apa sahaja, hatta membunuh sekali pun. Kemewahan yang ada pada mereka adalah hasil dari rompakan titik peluh rakyat marhaen yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dengan cara terhormat mengikut kaedah Umno/BN. Maka bertetapanlah dengan slogan 'Malaysia Boleh' yang mereka laung-laungkan itu.

Khamis, 12 Januari 2012

Anwar Di Bebaskan Kerana Umno Tak Mahu Beliau Di Penjara Buat Kali Kedua.


Mengikut sumber yang gua bela, Anwar dibebaskan kerana Umno tidak mahu Anwar dipenjara buat kali kedua kerana Umno takut peristiwa 1999 berulang kembali. Oleh itu jangan kata sistem kehakiman negara sudah bersih dengan pembebasan Anwar dari kes 'Liwat II' dan hanya orang bodoh seperti para pencacai celaka tahap sial sahaja yang akan kata begitu.

Sepatutnya lu all fikir kenapa pertama kali dalam sejarah pihak polis membenarkan perhimpunan yang selama ini setiap kali perhimpunan ingin diadakan oleh pembangkang, ia seperti mimpi ngeri buat Umno dan para pencacainya. Gua punya sumber cakap, keputusan kes 'Liwat II' sudah diketahui lebih awal kerana jika mengikut dari permulaan perbicaraan sudah nyata Anwar akan disabitkan bersalah.

Apakah Umno akan membenarkan kejadian pada 1997 berulang kembali kerana Umno tahu jika Anwar didapati bersalah, pasti akan berlaku huru-hara. Pengikut setia Anwar mungkin akan melakukan sesuatu dalam perhimpunan yang diadakan itu kerana orang ramai sudah dikumpulkan dalam satu masa.

Takkan lu tak boleh kaji bagaimana hakim boleh membenarkan DNA yang diambil dilokap polis semasa Anwar ditahan satu malam dengan cara menipu tetapi menolak permintaan pendakwaraya Anwar membenarkan DNAnya diambil. Semasa Anwar diarahkan membela diri, lu tahu apa kata hakim tentang kesaksian Sepol yang sekukuh gunung *********.

Semua orang tahu bagaimana keadaan Umno/BN sekarang, penuh dengan skandal-skandal yang menyebabkan populariti Najib jatuh menjunam. Atas nasihat APCO kepada Najib and Rosmah, 'Lu mesti bebaskan Anwar jika lu ingin terus memerintah kerana rakyat Malaysia dan dunia sedang memerhati lu sekarang ini'.

Jika sekiranya pilihanraya umum sudah diadakan dan Umno/BN dapat memerintah lagi, pasti keputusan hakim akan berubah dengan mensabitkan Anwar bersalah. Inilah permainan sebenar Umno yang dipimpin oleh Rosmah Mansor yang mana keputusan membebaskan Anwar benar-benar telah mengejutkan musuh No.1 Anwar iaitu mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir.

Walau pun berat bagi Umno untuk membebaskan Anwar, tetapi ianya terpaksa dilakukan demi menyelamatkan Umno dari terus berkubur. Rejim Rosmah Mansor tahu akan akibatnya jika Umno kalah dalam pilihan raya umum nanti kerana beliau dan keluarganya terpaksa angkat kaki ke Kazakhstan untuk mencari perlindungan.

Rabu, 11 Januari 2012

Jawapan Dari Muslimat PAS Untuk Utusan Meloya Dan Blogger Celaka.

Sebelum ini, beberapa blog pro-Umno juga membuat dakwaan yang sama dan memuat-naikkan gelagat yang dikatakan tidak sopan itu ke laman sosial Youtube.

NONEAntaranya blog Sel13.com di http://sel13.com yang turut mempertikaikan akhlak muslimat PAS  itu sedangkan menurut blog berkenaan PAS satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.

''Jika dulu PAS sering mengutuk Wanita serta Puteri Umno kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?

''Walaupun Ketua Muslimat PAS berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.

''Kami tidak berhasrat menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimat-muslimat PAS yang selama ini memperjuangkan Islam melebihi orang lain," petik blog berkenaan.
Dosa rasuah
Sementara itu, mengulas laporan berkenaan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai secara spontan itu telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

NONE“Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?” katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Siti Mariah (kiri), ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

“Kami menduga ia akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun,” katanya lagi dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

NONE“Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat,” katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan Siti Mariah berkata, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan  wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.
Bacaan Ma’thurat dan Yasin

“Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin.”
Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

“Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube,” katanya.

NONETambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.

Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.


“Kalau kita singkap sirah Rasulullah SAW, apabila Nabi SAW sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya.

Selasa, 10 Januari 2012

Siapa Musuh PAS Dalam Selimut.....!!!!!!


Gua rasa PAS perlu mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap individu yang mempunyai kedudukan sebagai anggota Jawatankuasa PAS Pusat kerana sentiasa berlaku kebocoran setiap kali PAS mengadakan mesyuarat. Gua tidak pasti siapakah diantara individu tersebut walau pun ramai blogger yang boleh mengenali akan individu itu.

Ini adalah satu perkara yang amat bahaya bagi PAS kerana ia boleh memudaratkan parti sebagaimana pendedahan yang dilakukan oleh blogger Abu Bakar Rashid atau lebih dikenali sebagai 'Penarik Beca' di alam maya. Kenyataan terbaru beliau kepada media Malaysiakini tentang penyingkiran Dr Hasan Ali yang heboh ketika ini adalah satu perbuatan yang amat berbahaya buat gerakan Islam seperti PAS.

Petikan dari Malaysiakini tentang isu ini, 'Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Hasan dipecat', dakwa blogger Penarik Beca dan beliau menyatakan bahawa majoriti anggota jawatankuasa PAS pusat hanya mahu Dr Hasan Ali digantung 6 sehingga 15 bulan sahaja (Baca Sini). Sedangkan mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS selepas mengumumkan pemecatan Dr Hasan Ali ialah dengan suara majoriti.(Baca Sini)

Nampaknya musuh yang berada dalan Jawatankuasa PAS pusat lebih bahaya daripada Dr Hasan Ali sendiri. Apatah lagi maklumat tersebut dapat kat tangan blogger Penarik Beca yang mana sikap beliau terhadap PAS sudah diketahui oleh para pemimpin PAS.  Kenyataan beliau yang mengaitkan nama Mursyidul Am dan Presiden PAS dilihat mempunyai agenda yang jahat agar Dr Hasan Ali dinyah terus dari PAS kerana Mursyidul Am dan Presiden sendiri sudah tak berkenan kat Dr Hasan Ali.

Gua masih ingat kejahatan dan fitnah yang dilakukan oleh puak-puak ini semasa isu UG yang membabitkan Ustaz Nasha, tika itu satu mesyuarat tergembar telah diadakan di KL atas permintaan TGNA dimana puak-puak ini telah menyebarkan tuduhan yang Ustaz Abu Bakar Chik telah menengking TGNA. Untuk memastikan berita ini betul atau tidak, gua banyak membuat panggilan sebelum menulis artikel berkaitan isu itu dan antara blogger yang gua call ialah blogger Albanjari sehinggalah kepada beberapa kenalan dari PAS.

Kesudahannya berita tersebut adalah palsu dan tuduhan jahat mereka hanyalah untuk memburuk-burukkan Presiden PAS dan golongan yang mereka gelarkan 'Puak Trengganun'. Bagi gua, puak-puak ini lebih celaka daripada Umno kerana mereka merosakkan parti dari dalam atau 'gunting dalam lipatan' dan inilah puak yang melakukan kerja untuk blogger Umno celaka.

Kebusukkan mereka sehingga ke usus kerana perkara yang remeh pun diperbesar-besarkan seperti kebanjiran penceramah dari Terengganu yang mengajar di masjid-masjid negeri Selangor sehinggakan ostad-ostad dari kalangan mereka payah hendak cari makan. Bagi gua, jika lu bagus sangat mengajar agama kenapa perlu takut kerana rezeki ada dimana-mana walau dimana pun lu berada. Dendam mereka yang tidak dilantik menjadi CEO GLC milik kerajaan Selangor membuatkan mereka semakin berbulu dan menunjukkan tembelang sebenar mereka dalam perjuangan PAS.

Hakikatnya Allah s.w.t. itu Maha Kaya lagi Maha Bijaksana tidak membuka hati para pemimpin Pakatan untuk melantik puak-puak ini kejawatan yang bergaji puluhan ribu sebulan itu. Gua tidak boleh bayangkan bagaimana jika mereka berjaya memegang jawatan-jawatan tersebut kerana mungkin kerosakkan pasti akan berlaku kepada kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu bagaimana Umno dan para pencacai celaka mereka sentiasa mengintai segala gerak kerja dan salah laku Pakatan Rakyat.

Bagi gua, untuk kebaikkan parti PAS dari mengelakkan pengkhianatan yang dilakukan oleh orang dalam, satu bentuk 'bai'ah' perlu diwujudkan seperti 'bai'ah' untuk mejadi calon agar kebocoran minit mesyuarat parti kepada pihak luar wajib dilakukan kerana jika ia tidak dilakukan, pasti ia akan menguntungkan musuh kepada Gerakan Islam (PAS).

Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS


Walaupun Datuk Hasan Ali mempunyai peluang merayu terhadap pemecatannya kelmarin, peluang bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu kembali ke pangkuan parti Islam itu dilihat amat tipis.


hadi awang on hasan ali sacking 080112Ini kerana, keputusan memecatnya serta merta sebagai anggota parti didakwa didorong oleh pemimpin tertinggi dalam parti Islam itu, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


"Tetapi, presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Hasan dipecat," dakwa penulis blog yang rapat dengan PAS Abu Bakar Rashid.


Menulis dalam blognya, Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai "Penarik Beca" mendedahkan, majoriti anggota jawatankuasa pusat PAS hanya mahu Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan sahaja.


azlanSejak tiga tahun lalu, Abu Bakar antara penulis blog bahagian hadapan yang rancak mengkritik dan mendedahkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno.


Ketika dihubungiMalaysiakini, sumber mengesahkan spekulasi Abu Bakar dengan menambah bahawa Nik Aziz yang juga mursyidul am antara yang mengutarakan cadangan pemecatan itu ekoran kenyataannya yang didakwa sering mencemuh garis parti./Malaysiakini

Isnin, 9 Januari 2012

Umno Sudah Terjerat 'Bebas Atau Bersalah', Umno Tetap Celaka.

'Saya 'dibebaskan kerana tidak bersalah' kata Anwar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata “keadilan terbukti” apabila beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan liwat dan berjanji akan “menumbangkan” Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
“Alhamdulillah, keadilan terbukti. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan  tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.
Anwar, 64, berdepan tuduhan liwat kedua di mana beliau didapati bersalah 10 tahun lalu dan dipenjarakan selama enam tahun sebelum dibebaskan .
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dijangka akan mempengaruhi tarikh pilihan raya umum ke-13 yang mana dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.
“Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan,” kata Anwar.
Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR yang memberikan sokongan.
“Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah,” kata Anwar.
 Beliau menambah kemenangan ini adalah kemenangan rakyat tetapi perjuangan mesti diteruskan.
“Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula,” kata Anwar disambut laungan reformasi.
Sejak awal pagi tadi kawasan parkir kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibanjiri penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.
Dianggarkan seramai 5000 orang melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”./MInsider

Sabtu, 7 Januari 2012

Gua Dah Kata Mesti Ada Yang Tak Kena Bila Polis Benarkan Perhimpunan 901.

 
Polis kenakan 10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

Polis kini mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya tidak membenarkan ucapan awam dan membawa sepanduk bertulis 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan itu, disiarkan di laman Facebook polis.

NONESyarat-syarat tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.
4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut./Malaysiakini

Jumaat, 6 Januari 2012

Boleh Percaya Ker Bila Polis Benarkan Perhimpunan Aman....!!!!

 
Polis benarkan perhimpunan 901 di luar mahkamah

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONEWalaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".
Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan.

"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.NONE

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

PERKASA berhimpun di masjid

"Saya percaya polis mengambil langkah-langkah sewajarnya... Kita juga berbincang tentang program kita secara teliti dengan polis. Kita amat berpuas hati," katanya.

Menurutnya lagi, perhimpunan tersebut adalah untuk mrnunjukkan solidariti bagi membebaskan Anwar daripada fitnah.

"Ia bukan protes, tapi solidariti kepada Datuk Seri Anwar," katanya.


Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh yang ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan itu mengesahkan pihak polis Kuala Lumpur membenarkan perhimpunan itu dengan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.
NONE
Sehingga semalam sebanyak 535 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perhimpunan anjuran PKR itu pada Isnin depan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga melaporkan polis telah memberi kebenaran kepada mereka untuk berhimpun di perkarangan masjid Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Menurut timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga mengadakan pertemuan dengan pihak polis, tidak ada permit yang diperlukan bagi tujuan berkenaan./Malaysiakini

FB