Jumaat, 2 Disember 2011

Perlembagaan Persekutuan Malaysia : Jadual Pertama Dan Kedua.


Jadual Pertama
 
[Perkara 18(1), 19(9)]
Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian

Saya..................................................................beralamat di ............................dengan ini mengaku atas sumpah bahawa saya dengan sesungguhnya dan sepenuhnya menolak dan bersumpah meluputkan segala kesetiaan saya kepada mana-mana negeri atau Negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah bahawa saya akan jujur dan menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar kepada Seri paduka beginda Yang di-Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.


 Jadual Kedua

[Perkara 39]
BAHAGIAN I
[Perkara 14(1)(a)]
KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR SEBELUM HARI MALAYSIA

1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainya;
(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962;
(c) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan selepas bulan September 1962, dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan, atau tiap-tiap orang yang pada masa di lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain;
(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;
(e) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang telah dibenarkan atau dibenarkan oleh Persektuan dalam mana-mana hal tertentu atau, jika kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan.
(2) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (b) atau (c) subseksyen (1) jika, pada masa dia lahir, bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa bedaulat yang diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
2. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang yang biasanya bermastautin di Negeri Sabah atau Sarawak atau di Brunei pada Hari Malaysia ialah seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang jika sebaik sebelum hari itu dia seorang warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah Jajahan, dan sama ada—
(a) telah lahir di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak; atau
(b) telah menjadi seorang warganegara sedemikian melalui pendaftaran di wilayah-wilayah iaitu atau melalui atau berikutan dengan penaturalisasian di wilayah-wilayah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.