Jumaat, 9 Disember 2011

Hasan Ali Mungkin Digugurkan Sebagai Calonl, Apakah Ini Langkah terbaik???

PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

azlan"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu
yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.Malaysiakin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.