Ahad, 11 Disember 2011

Apabila Isu DPMS Di Politikkan

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjelaskan penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali adalah sebagai memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau yang dipertik Bernama berkata, pemberian anugerah itu bukan atas kapasiti Hasan sebagai ahli politik tetapi atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam.

"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan  kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan PAS," katanya yang dilapor agensi berita itu.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim (atas, kiri) yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010 mewakili DAP.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.

Sehubungan itu kata Khusrin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda itu.

Permainan Utusan

Penjelasan itu sekaligus menolak telahan kolumnis tetap akhbar Umno Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang membuat andaian anugerah kepada Hasan itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam.

Zaini dalam tulisannya yang disiar di akhbar itu 7 Disember lalu mendakwa Hasan sangat diperlukan untuk memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.

Nama Hassan serin

Nama Hassan sering dikaitkan oleh Utusan sebagai orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno.
g dikaitkan oleh Utusan sebagai orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno.HarakahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.