Jumaat, 2 Disember 2011

ANAK Sokong Pak Sam Saman Isa Samad.



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Ketua Peneroka, Shamsuddin Othman untuk menyaman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, sekiranya enggan memenuhi tuntutan warga Felda.

Menerusi perbincangan yang diadakan, Shamsuddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda tetap bersama-sama dengan warga Felda lain di seluruh negara mendesak Isa tidak menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Pengerusi Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Shamsuddin yang telah mengetuai peneroka sejak 15 tahun lalu dan berada dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu telah memberi masa sehingga 15 hari kepada ISA untuk tunduk kepada desakan itu.

Menurutnya, namun Isa dalam ucapannya enggan tunduk dengan desakan itu dan ini pasti memaksa Shamsuddin mengambil tindakan saman di mahkamah terhadap pengerusi Felda yang penuh kontroversi itu. 

Katanya, Shamsuddin yang mesra dengan panggilan Pak Sam ternyata telah mengambil tindakan yang tepat untuk kepentingan warga Felda dan Anak telah mengambil tindakan menyokong penuh dengan sebarang tindakannya untuk mendesak Isa tidak menandantangi atau membatalkan perjanjian itu.

"Sekiranya Isa tetap enggan tunduk dengan desakan itu, Anak turut menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Shamsuddin untuk menyaman Isa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. 

Menurut beliau, sekiranya Isa terus berdegil dan enggan tunduk pada desakan itu, Anak turut merancang langkah tersendiri untuk mendedahkan perkara itu dan mendesak Isa, Perdana Menteri dan kerajaan-kerajaan negeri membatalkan perjanjian tersebut, termasuk dengan mengadakan road show di seluruh negara bermula 8 Disember ini di Pahang.

"Pada keesokan harinya pula, 9 Disember, Anak turut merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacub bagi mendesak Kerajaan Pahang membatalkan perjanjian tersebut," katanya.

Sekiranya tuntutan itu juga tidak diberikan perhatian oleh Perdana Menteri, tegasnya, pihaknya akan turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember ini di Putrajaya.     

Menurut beliau, tindakan Isa untuk menandatangani perjanjian dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhdberhubung perkara itu jelas satu pengkhianatan terhadap Felda dan warga Felda di seluruh negara.

Langkah tersebut, tambahnya, tidak ubah seperti menguburkan masa depan Felda serta para peneroka dan jelas mempunyai motif kepentingan peribadi dari pihak Isa dan kroni-kroni pemimpin Umno BN. 

Katanya, menerusi perjanjian pajakan yang awalnya hanya 60 tahun dan kemudiannya bertambah kepada 99 tahun itu, tanah-tanah Felda ternyata akan semakin berkurangan kerana akan diambil alih dan dikuasai sepenuhnya secara beransur-ansur oleh FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

"Tanah-tanah Felda yang terhakis itu sekitar 30 hingga 3,000 hektar bagi setiap kawasan Felda di seluruh negara. Sekiranya perjanjian pajakan itu dimetrai, jumlah tanah Felda Plantations yang terkorban berjumlah 360,000 ekar semuanya," jelasnya. 

Kerugian-kerugian yang akan ditanggung oleh Felda sekiranya perjanjian itu dimetrai, menurut beliau, berupa kadar bayaran pajakan yang terlalu rendah hanya RM251 juta setahun, manakala bayaran itu pula adalah secara tetap atau bukan mengikut kadar semasa.

Katanya, dengan kadar bayaran serendah itu, Felda akan mengalami defisit RM1.3 juta sekiranya perjanjian itu dimetrai dan ia ternyata akan menjejaskan masa depan warga Felda yang berjumlah 1.6 juta di seluruh negara. 

"Keperluan tahunan Felda tidak boleh kurang RM1,500 juta setahun, tetapi berdasarkan perkiraan yang dibuat dengan mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan tahunan Felda pada tahun 2010, didapati Felda akan mengalami defisit sedemikian tinggi sekiranya perjanjian itu dimetrai," tegasnya. 

Motif sebenarnya Isa menandatangai perjanjian itu, untuk membolehkan Felda disenaraikan di dalam Bursa Saham Malaysia menerusi Felda Global Vantures dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang pasti akan mendatangkan keuntungan amat besar kepada beliau dan kroni-kroni pemimpin Umno BN. 

"Untuk kepentingan peribadi, Isa dan koncu-koncunya ternyata sanggup mengorbankan kepentingan Felda dan seluruh warga peneroka. Inilah sikap para pemimpin Umno BN terhadap rakyat sekarang dan selama ini. 

"Sikap buruk mereka itu ternyata masih mampu disembunyikan kepada sebahagian rakyat. Anak pasti akan mendedahkan semua itu menerusi road show kami nanti untuk membolehkan orang ramai tahu kejahatan pemimpin-pemimpin Umno BN terhadap rakyat selama ini, khususnya mengenai Felda yang kini menjadi semakin parah sejak berada di bawah Isa," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Presiden Anak Kebangsaan, Aris Fezul Ismail dan bekas Naib Presiden Felcra, Datuk Ramli Buyung.mno BN terhadap rakyat selama ini, khususnya mengenai Felda yang kini menjadi semakin parah sejak berada di bawah Isa," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Presiden Anak Kebangsaan, Aris Fezul Ismail dan bekas Naib Presiden Felcra, Datuk Ramli Buyung. HarakahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana komen yang disiarkan kerana pihak kami tidak sesekali menapis setiap komen yang dilontarkan.