Sabtu, 31 Disember 2011

'Datuk' Didakwa Menipu Pengerusi NFC


 

Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
NONEBagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.
  
Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.
  
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.
Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.

Tidak bayar jamin
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.

NONEKetua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.

Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.

Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.

Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.
Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember./Malaysiakini

Ampu Dan Mengampu Sudah Jadi Darah Daging Umno.

 























Mashitah Cuba Mengampu Jadi Calon?

Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian semalam sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya.

Sambil membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu “paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih”.

"Tulisan Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat.

"Tidak pernah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan ucapan yang mengkafirkan orang-orang Umno melainkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang telah menjaja isu ‘takfir’ ini setiapkali musim pilihanraya," ujarnya merujuk tulisan Mashitah itu.

Hasbullah menjelaskan, ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanyalah menjelaskan tentang batas-batas Iman dan kufur tetapi telah diselewengkan fakta oleh Umno menjadi isu kafir mengkafir.

Selain membidas presiden PAS dengan isu kafir mengkafir, Mashitah juga didakwa turut menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu tragedi Bukit Kepong yang hangat diperkatakan sebelum ini.

"DPPNS merasakan tiada silapnya kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong malah ianya telah membuktikan berlakunya penyelewengan fakta di dalam sejarah Malaysia oleh Umno," tegasnya.

Malah, ujarnya sehingga kini kenyataan dan ucapan pemimpin PAS adalah berdasarkan fakta dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta sangkaan jahat kepada pihak lain.

Keadaan sama katanya tidak berlaku kepada pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat hanya melempar tuduhan dan fitnah berdasarkan emosi dan bukan fakta.

Sambil menasihatkan Mashitah agar melihat kemungkaran pemimpin Umno, Hasbullah berkata tulisan timbalan menteri itu sepatutnya ditujukan kepada pimpinan parti yang dianggotainya itu.

"Tutur kata pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas menghina hukum hudud dan sunnah Nabi Muhammad sepatutnya diberi lebih perhatian oleh Al fadhilah Ustazah Dr. Mashitah daripada menghentam pemimpin pembangkang secara membuta tuli semata-mata kerana ingin mengampu dan membodek untuk menjadi calon pilihanraya.

"DPPNS menasihatkan Dr. Mashitah supaya jujur di dalam memberikan pandangan dan tulisan berdasarkan ilmu Islam yang sebenar dan bukan menjadi ‘syaitan bisu’ yang hanya pandai mengampu, membodek dan membiarkan pemimpin mereka melanggar hukum Allah Taala serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini," katanya./HarakahDaily

Jumaat, 30 Disember 2011

Yahoo! Letakkan Hasan Ali Antara Tokoh Politik Terhangat 2011.


Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.
Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.
Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan (gambar) sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.
“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut disebut sebagai individu yang sering menjadi berita muka depan akhbar pada 2011, terutamanya dalam isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke gereja Methodist Damansara Utama dan penggunaan kuasa solar talking-Bible untuk memurtadkan orang Islam.
“Beliau mengakhiri tahun 2011 dengan bergaduh dengan pemimpin PAS kerana ingin mewujudkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno, dan memastikan bahawa beliau memasuki tahun baru ini tanpa dilupakan orang awam,” tambah laporan itu lagi.
Dalam carta Yahoo!, isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan menduduki tangga ke 10, diikuti dengan video seks merupai Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 9.
Mengenai skandal video tersebut, Yahoo! berkata walaupun para penyokong Anwar menyatakan bahawa isu tersebut tidak merosakkan nama baik ketua umumnya, namun persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah adalah isu tersebut telah mengoyahkan keyakinan dan kepercayaan kepada para pengikut yang dekat dengan Anwar yang diibaratkan sebagai “God-sent leader”.
Tangga ke 8 pula diduduki oleh peristiwa Amerika Syarikat berundur daripada Iraq, diikuti kematian Kim Jong-iI di tangga ke 7, Perhimpunan Agong Umno di tangga ke 5 dan diikuti skandal seks Silvio Berlusconi di tangga ke 4.
Tiga tangga teratas pula diduduki janji reformasi Datuk Seri Najib Razak di tangga ke 3, penahanan enam aktivis PSM di bawah ordinan darurat di tangga ke 2, dan kebangkitan Arab menduduki tempat pertama.
Mengenai janji-janji Najib, Yahoo! melaporkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah meninggal kesan yang mendalam kepada kerajaan pimpinan Najib yang telah bertindak keras terhadap perhimpunan tersebut, walaupun Barisan Nasional enggan mengakui sepenuhnya.
“Buktinya ialah pengumuman Najib pada Hari Malaysia, di mana beliau mengumumkan beberapa reformasi termasuklah pemansuhan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa deklarasi darurat.
“Namun begitu, ia masih tidak cukup untuk para pengkritiknya, yang mendakwa perdana menteri hanya melakukan usaha yang minimal yang gagal menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara,” kata laporan tersebut./MInsider

Aziz Bari Tawar Diri Sebagai Calon Pakatan.


 
Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
“Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.
Beliau mengesahkan menerima tawaran “tidak rasmi” dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata “masih terlalu awal untuk membuat keputusan” parti mana yang akan ditandinginya.
Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan “semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti.”
Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai “stamina” melakukannya.
“Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.
“Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun,” tambahnya.
Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.
Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.
Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia./MInsider

Rabu, 28 Disember 2011

Kemelut Selesai, Hasan Ali Temui Nik Aziz


Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telahpun membuat pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau juga telah membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di kediaman rasminya semalam sebagai tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat./Malaysiakini

Selasa, 27 Disember 2011

Ekslusif, Kondo Mewah Keluarga Shahrizat Di Singapura

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.


Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.


Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!


Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakan nama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.


ReJaM© "Selepas ini kita dedahkan pula Restoran Makanan Mewah family Shahrizat di Singapura..!"/MiloSuam

Isnin, 26 Disember 2011

Dendam Umno Besut Terhadap Sultan Terengganu.


Bendera Terengganu dikibar separuh tiang oleh Umno Besut.

Umno Besut bersikap separuh matang apabila mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang ketika rakyat Terengganu menyambut keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan yang dilakukan oleh Umno Besut yang dipimpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh amat memalukan dalam keadaan beliau sendiri masih memakai gelaran 'Datuk Seri' yang dianugerahkan oleh Sultan Mizan kepada beliau. Jika beliau dan pengikut setianya Datuk Rosol Wahid seorang yang mempunyai maruah, mereka patut mengembalikan semula gelaran tersebut kepada pihak Istana Terengganu.

Dendam mantan Menteri Besar Terengganu dan pengikut setianya masih terbuku dihati mereka disebabkan Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk jawatan Menteri besar Terengganu untuk penggal kedua. Pelantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Umno telah ditolak pihak Istana yang ketika itu dipangku oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Kerana dendam itulah, Umno Besut cukup sinonim dengan perkataan 'Natang' (binatang) yang dilemparkan terhadap pihak Istana Terengganu. 

Kemungkinan perlantikkan Idris Jusoh tidak diperkenankan oleh (MPPR) disebabkan penganaiyaan beliau terhadap rakyat Terengganu dengan merampas semula tanah-tanah yang diberi hakmilik oleh kerajaan PAS kepada rakyat Terengganu setelah berjaya menumbangkan kerajaan Umno/BN pada tahun 1999. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Idris Jusoh juga meroboh rumah-rumah dan surau yang didirikan diatas tanah yang telah diberi hakmilik. Kerana kezaliman kerajaan Idris Jusoh yang bersikap separuh matang, membuatkan pihak Istana tidak berkenan dan mencari penganti dengan melantik Mat Said sebagai Menteri besar terengganu yang baru.
Kain rentang memaki Sultan Terengganu oleh pengikut fanatik Idris Jusoh.

Inilah rengetan isu pelantikan jawatan Menteri Besar Terengganu....

KUALA TERENGGANU, 25 Mac 2008 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Tindakan pemecatan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO, ujarnya selepas menyerahkan surat berkenaan kepada Ahmad dan salinan surat itu serta memorandum menyokong kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang ditandatangani 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) di Istana Tetamu di sini hari ini.
 Sumber : Musafirlalu

NFC Paku Terakhir Keranda Umno.


Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, penulis minum bersama beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di kafe. Sedang kami berbual-bual, datang seorang Timbalan Menteri, sambil membawa secawan kopi, duduk bersama-sama dengan kami semeja.

Tiada lain yang menjadi topik perbualan selain isu Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan skandal syarikat NFC milik anggota keluarganya.

Dengan nada merungut Timbalan Menteri itu berkata, sepatutnya Shahrizat sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno. Dalam erti kata lain, beliau mengatakan Shahrizat merupakan liabiliti yang akan membebankan Umno dalam jangka panjang.

Memang pun, soal Shahrizat sudah beberapa kali dibangkitkan wakil rakyat Umno-BN. Dengan nada lantang, mereka mendesak Shahrizat melepaskan jawatan. Gesaan itu dibuat berulang kali tetapi kerajaan dan parti pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, diam membisu.

Ketua Umno Cheras, Dato' Syed Ali al-Habshee sudah tidak tahan sehingga terpacul perkataan 'biawak hidup' dari mulutnya. Lantas penyokong Shahrizat yang berang, terus menyerang Syed Ali dan mempersoalkan kepada siapa ungkapan biawak hidup itu dilontarkan.

Berbalik kepada sembang-sembang kami dengan Timbalan Menteri tadi, penulis bertanya kepada beliau, apakah sewaktu ahli politik menjawat jawatan awam seperti PM, TPM, Menteri dan Timbalan Menteri yang mempunyai kuasa serta kedudukan, tidak diberi panduan oleh SPRM.

Panduan ini penting agar penjawat jawatan utama dalam kerajaan ini, boleh menghindarkan diri mereka daripada salahguna kuasa dan rasuah.

Timbalan Menteri itu tidak terus menjawab soalan penulis. Beliau mengambil pen yang tersemat dibajunya, lalu melukiskan garis empat berbentuk palang t. Beliau kelihatan serius sambil menulis. Kami semua terpaku dan memerhatikan sahaja tingkah lakunya.

Di sebelah kanan atas garisan t tersebut, ditulis 'ibu bapa'. Di sebelah kiri atas, ditulis 'suami isteri'. Pada ruang kanan di bawah ditulis 'adik-beradik', manakala di ruang kiri bawah ditulis 'anak beranak'.

Kami masih tidak memahami apa maksud beliau. Lalu Timbalan Menteri itu menghela nafasnya dengan agak panjang, lalu berbicara:

"Saya tanyakan kepada pegawai SPRM, jika seseorang penjawat awam mahu mengelakkan tuduhan rasuah dalam pemberian tender atau projek, siapakah golongan yang harus dielakkan?"

"Pegawai SPRM itu melukiskan kepada saya, lukisan yang saya buatkan kepada you all. Elak empat golongan ini, sudah pasti akan selamat," katanya ringkas.

"Maksud YB, dalam kes NFC Shahrizat, kalau begini aturan SPRM, beliau sudah pasti terbabit dalam rasuah?" soalan pantas penulis kepada Timbalan Menteri tersebut.

"Well...saya tidak boleh cakap lebih-lebih, ini terpulang kepada SPRM," kata beliau sambil menghirup tegukan terakhir kopinya dan terus berlalu pergi.

Kata-kata beliau tadi walaupun ringkas, tetapi cukup jelas. Kebetulan ada cakap sosek-sosek di kalangan wakil rakyat Umno, supaya mereka jangan membela Shahrizat tatkala isu NFC dibangkit Pakatan Rakyat di dalam sidang Dewan.

"Tadi aku berucap nak lawan pembangkang, tapi Menteri tu tegur aku, dia kata buat apa engkau bela Sharizat. Dia dapat duit, engkau dapat tahi," kata seorang MP kepada beberapa orang rakannya sambil menyedut rokok di meja luar kafe.

Memang benar, Umno pun pening hendak membela Shahrizat dan keluarganya. Gelagat Shahrizat sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas menyebabkan ramai perwakilan Umno yang melugai.

Tetapi mereka terpaksa menyokong kerana seluruh persidangan sudah diorkestrakan untuk memaki hamun Pakatan Rakyat.

Umno sebenarnya tidak ada pilihan lain. Jika mereka mencantas Shahrizat kerana terpalit dengan rasuah, orang yang memberikan tender RM250 juta itu adalah orang Umno sendiri.

Jika mereka tidak mencantas Shahrizat, seluruh parti Umno akan dituduh parti perasuah yang melindungi perasuah dan mengamalkan dasar korupsi, kronisme dan nepostime.

Sekarang pun Umno sudah tidak tahan. Tahi-tahi lembu NFC sudah terpalit banyak ke muka Umno, sehingga hari ini rakyat sudah mula beranggapan, seluruh pemimpin dan perwakilan Umno 'bagaikan lembu yang dicucuk hidung' sementara menunggu untuk disembelih sahaja.

Paling mereka tidak tahan, ada kalangan pemimpin Umno yang merungut kerana mereka digelar 'bodoh macam lembu' kerana membela kemewahan keluarga Shahrizat tanpa usul periksa.

Bagi kita Pakatan Rakyat, kita menjalankan tugas mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno, yang asasnya amat kuat, terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara.

Jika Najib tidak mahu mengambil tindakan terhadap Shahrizat pun tidak mengapa. Jika pun selepas ini, mungkin ada yang membuat perisytiharan bahawa mereka menolak laporan audit dan membebaskan Shahrizat, pun tidak mengapa.

Ingatlah bahawa rakyat kita semakin celik dan bijak. Umno boleh simpan Shahrizat, Umno boleh tutup kes NFC, tetapi Umno tidak boleh menghalang Shahrizat dan NFC menjadi antara paku-paku besar yang akan dipala dengan tukul besi bagi melengkapkan pembinaan keranda Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Adios Umno-BN!HarakahDaily

7 Tahun Tsunami Yang Semakin Dilupakan.


Seorang wanita dari Jepun yang hadir sama memakai tudung dalam munajat Tsunami.

30 Muharram 1433H. [MOD] -


Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa di Aceh, Nampak semakin dilupakan.


Tanpa perancangan yang jelas, percutian 26 Disember bersama keluarga dalam rangka memenuhi hajat Isteri yang tidah pernah ke Aceh sejak tamat belajar pada tahun 1992 berkebetulan dengan ulangtahun ke 7 peristiwa yang menyayat hati itu.


Ketibaan kami di Bandara Blang Bintang yang terletak sekitar 15 km dari Banda Aceh disambut dengan senyuman orang Aceh yang memang kami kenal hati budi mereka selama 6 tahun kami belajar di Aceh.


Selepas Tsunami berlaku saya bersama 28 orang rombongan dengan yayasan Amal Malaysia cawangan Perak sempat sampai di Lhoksmawe untuk memberi bantuan kemanusiaan.


Untuk kali keduanya dengan jumlah rombongan yang lebih kecil sekitar 7 orang sempat sampai ke kota ilmu Darussalam tempat yang penuh dengan kenangan semasa belajar dari tahun 1986 hingga 1992.


Nampak tidak banyak berubah dari masa lawatan pada tahun 2005, saya bersama keluarga menyewa sebuah kereta sewa swasta dengan harga RP 70,000 (RM 22) menuju ke hotel yang telah ditempah di banda Aceh.


Sempat berbicara mengenai Tsunami 2004 dengan Pak Armia, beliau turut mencerita pengalaman pahit dengan kehilangan 12 orang keluarga terdekat termasuk Ibu kandung dan Isteri yang sedang mengandung 3 bulan anak pertama hasil perkhawinannya.Namun jelas dia masih tabah walaupun dari wajahnya saya melihat tentang kesedihan yang masih dialami bila mengenang dan menceritakan pengalaman pahit itu.


Teringat dengan makanan kegemaran gulai kambing Aceh lalu saya dibawa oleh sopir Pak Armia disebuah kedai berdekatan dengan Lapanganterbang. Lauknya ringkas iaitu gulai kambing dan goreng ayam kampung tetapi jelas sangat lazat dan menyelerakan ditambah oleh perut yang sudah kosong selepas 1 jam 40 minit dalam firefly dari Pulau Pinang.


Saya dibawa melewati jalan pintas melalui Ulekareng menuju Banda Aceh , Nampak tidak banyak berubah, namun saya rasakan Aceh sekarang berada dalam keadaan aman bila mengenang sejar panjang sebelum ini.


Akhbar Serambi Indonesia juga tidak lekang dari pemberitaan mengenai uapucara memperingati 7 tahun Tsunami. jelas ia akan memberi kesan kepada warga Aceh betapa bencana yang datang itu adalah satu pengalaman besar bagi rakyat Indnesia dan Aceh.


Setiba di sini jadual mula diatur sebaik mungkin supa keberadaan saya dan keluarga hingga Jumaat ini dimanfaatkan sebaik mungkin.


Sesuatu yang saya utamakan dan tidak mungkin untuk ditinggalkan ialah bertemu dengan adik-adik yang sedang belajar di Banda Aceh. melalui Persatuan Pelajar Malaysia Cabang Aceh (PKPMI-CA) saya akan berbincang dengan mereka pada petang ini untuk mengadakan sesi pertemuan dengan semua pelajar yang berkesempatan.


Begitulah semasa saya memegang jawatan Setiausaha PKPMI-CA selama tiga tahun semasa belajar disini, setiap tamu dari Malaysia pasti diambil kesempatan untuk diadakan pertemuan .


Bertemu lagi.....
Kredit : Cina Islam

Adakah Ini Perang Yang Tidak Menguntungkan PAS....!!!!

Misteri pertikaman lidah Hasan-Mustafa 

Fathi Aris Omar

Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.

Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.

Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.

Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno!

Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak.

Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'.

Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno.

Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya.

Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu.

Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya?

Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin?

Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS.

Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan.

Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0.

(ii)

Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'.

Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam.

Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'.

Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam.

Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti!

Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang.

PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno.

Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu.

Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam.

Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu.

Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R.

(iii)

Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan?

Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia.

Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelumUtusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan.

Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain).
Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'?

Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka?

Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai?.

Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti.

Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media.

FATHI ARIS OMAR bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

Jumaat, 23 Disember 2011

Skandal NFC: Memang Lu Isteri CEO NFC....!!!!!


Semua orang tahu yang lu adalah isteri CEO NFC tetapi lu tak boleh lepas tangan ajer wahai Shahrizat. Jika lu bukan Ketua Wanita Umno dan seorang menteri kabinet, adakah lu punya suami dan anak-anak akan dapat dana RM 250 juta secara mudah?. Memang RM 250 juta itu adalah pinjaman daripada kerajaan tetapi ia adalah satu pinjaman mudah dengan faedah tak sampai 2 % setahun. 

Sedangkan rakyat marhaen yang memohon pinjaman sebanyak RM 25,000 melalui IKS pun bukan main susah prosedurnya walau pun mereka yang memohon lebih layak dan mempunyai perniagaan yang sudah bertapak, tapi lu punya suami dan anak-anak ada kelayakan ker untuk buat projek lembu. Gua rasa lembu pun lu punya keluarga geli geleman nak pegang kerana lu punya keluarga semuanya berasal dari kayangan.

Gua rasa lebih baik lu letak semua jawatan yang lu pegang disebabkan lu memang sudah menjadi liabiliti kepada negara. RM 250 juta bukannya jumlah yang sikit, jika diagihkan kepada para perternak lembu duit sebanyak itu gua pasti akan lahir 500 tauke lembu yang pasti bergelar jutawan. Bila belum dapat duit RM 250 juta, macam-macam janji ditaburkan oleh lu punya suami dan anak-anak yang tidak pernah terlibat dalam bidang perternakan. 

Mungkin lu punya keluarga lebih pandai tentang bidang hartanah daripada bidang perternakan lembu. Kerana itulah bila dapat RM 250 juta kat tangan, lu punya keluarga sudah kelabu mata apabila melihat angka 250,000,000.00. Tiba-tiba dari sasaran pengeluaran daging lembu sebanyak 40 % negara menjadi 00.004% sahaja kerana duit sudah diselewengkan untuk pelaburkan hartanah yang kurang berbau dan menyamankan dengan kolam-kolam mandi berbanding dengan bau-bau lembu yang kurang menyenangkan setiap hari. 

Untuk mengaburi mata rakyat marhaen, maka diupahnya blogger porno berstatus fasik untuk membantu menyembunyikan segala penyelewangan didalam NFC yang CEOnya adalh lu punya suami dan para pengarah-pengarah yang masih lagi merah pula adalah anak-anak lu. Sekarang ni apa pula yang lu nak temberang pula setelah pendedahan dua unit kondo di Bangsar yang bernilai lebih RM 13 juta, Sebuah Mercedes ratus ribu, percutian keluarga puluhan ribu, dua lot tanah di Putrajaya bernilai lebih RM 3 juta diatas nama NFC dan yang terbaru ialah pembelian satu unit kondomunium mewah Orchard Scotts di Anthony Road, Singapura yang bernilai S$ 4.1 juta (hampir RM 10 juta). 

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura. Yang ironinya, kondominium ini didaftarkan terus atas nama suami lu, Datuk Dr Mohd Salleh dan anak-anak lu iaitu, Wan Shahinur Izhan dan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang berbin dan berbinti Mohammad Salleh. Maka cukuhkah alasan lu yang berkata, 'lu hanyalah isteri seorang CEO Lembu'. Apakan daya, lu memang seorang yang tiada maruah dan harga diri, sebab itulah lu tidak meletak jawatan.

Gua cukup faham tentang pendirian lu nih kerana gua tahu dan lu pun tahun, selagi lu ada jawatan dalam Umno dan kerajaan maka tiada berani pihak berkuasa yang menyiasat kes ini untuk menyentuh lu punya suami dan anak-anak. Lu tahu tahu dan gua pun tahu, kerana itulah lu masih bertahan semata-mata menyelamatkan lu punya keluarga dimalukan dengan kalungan gari kat tangan. 
Apa pun, inilah dia realiti kehidupan yang sedang dan telah Umno lakukan selama hampir 55 tahun memerintah. patutlah analisis dari luar ada menyebut bahawa Malaysia telah kehilangan beratus bilion dolar melalui pengubahan wang haram, rasuah, transaksi keluar negara tanpa rekod dan banyak lagi cara-caranya. Akhirnya siapa yang kaya raya yang mana harta-harta mereka tidak habis dibelanja untuk tujuh keturunan lagi. Semuanya bermula daripada pimpinan tertinggi Umno/BN kerana harta negara diuruskan macam harta mak bapak punya. Bolehkah para pencacai celaka Umno beri satu nama pemimpin tertinggi Umno/BN yang hidup mereka hanya cukup makan untuk keluarga sahaja?.

Berbalik dengan isu NFC, semalam seorang bergelar 'Datuk' dan mempunyai kaitan dengan skandal NFC telah ditahan oleh polis yang kemudiannya diserahkan kepada SPRM. Gua pun nak tanya SPRM, kenapa isu yang cukup besar dengan berpuluh-puluh laporan yang dilaporkan kepada mereka hanya berpeluk tubuh sahaja, dimana silapnya atau pun ada tangan-tangan ghaib yang menyekat agar SPRM jangan pandai-pandai nak libatkan diri. Menteri mana yang SPRM adalah dibawah kementeriannya pasal gua lupa ler nak.....!!!! Seperti yang gua petik dari Malaysiakini tentang penangkap seorang berstatus 'Datuk' yang ditahan berkaitan isu NFC boleh bawah dibawah nih...

Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.
   
Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, lapor Bernama.
   
Lelaki itu, yang  dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi.
   
NONEPegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.

Sementara itu dalam sidang akhbar di ibupejabat JSJK, polis bagaimanapun enggan mengesahkan bahawa peniaga yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan projek NFC.

Pengarah jabatan itu, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis juga belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes NFC.

Beliau juga enggan mengulas mengenai laporan media yang telahpun mengaitkan peniaga tersebut dengan kes NFC.

Jelasnya, suspek berkenaan pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," katanya lagi ketika ditanya sama ada lelaki berkenaan disiasat berhubung kes berkenaan.

Katanya lagi, suspek yang ditahan di pejabat JSJK pada kira-kira jam 4 petang semalam adalah berhubung "cubaan untuk menyogok beberapa orang pegawai JSJ."

"Bertindak atas maklumat, kita panggil dia datang ke JSJK dan kita tahan dia di sini," katanya lagi yang menambah, jabatan berkenaan akan menyerahkan suspek berkenaan kepada SPRM.

Diasak wartawan, Syed Ismail juga enggan mengesahkan sama ada suspek terbabit mempunyai kaitan dengan keluarga menteri yang menjalankan projek berkenaan.

"Kalau saya tak beri nama pun awak dah tahu siapa kan? Jadi awak tengok bin (nama bapa) itu ada kena mengena atau tidak.

"Saya tak kata apa, saya suruh tengok bin saja, sama atau tidak. Saya tiada apa untuk dikatakan, sama ada dia ada hubungan atau tidak (dengan keluarga menteri), saya tidak mahu komen," katanya yang juga enggan menyatakan nama suspek tersebut.

Ditanya lagi sama ada polis telah menyiasat menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Syed Ismail berkata "siasatan masih berjalan dan kita akan panggil sesiapa yang bersabit dengan kes ini."

Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.
   
Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, lapor Bernama.
   
Lelaki itu, yang  dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi.
   
NONEPegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.

Sementara itu dalam sidang akhbar di ibupejabat JSJK, polis bagaimanapun enggan mengesahkan bahawa peniaga yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan projek NFC.

Pengarah jabatan itu, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis juga belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes NFC.

Beliau juga enggan mengulas mengenai laporan media yang telahpun mengaitkan peniaga tersebut dengan kes NFC.

Jelasnya, suspek berkenaan pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," katanya lagi ketika ditanya sama ada lelaki berkenaan disiasat berhubung kes berkenaan.

Katanya lagi, suspek yang ditahan di pejabat JSJK pada kira-kira jam 4 petang semalam adalah berhubung "cubaan untuk menyogok beberapa orang pegawai JSJ."

"Bertindak atas maklumat, kita panggil dia datang ke JSJK dan kita tahan dia di sini," katanya lagi yang menambah, jabatan berkenaan akan menyerahkan suspek berkenaan kepada SPRM.

Diasak wartawan, Syed Ismail juga enggan mengesahkan sama ada suspek terbabit mempunyai kaitan dengan keluarga menteri yang menjalankan projek berkenaan.

"Kalau saya tak beri nama pun awak dah tahu siapa kan? Jadi awak tengok bin (nama bapa) itu ada kena mengena atau tidak.

"Saya tak kata apa, saya suruh tengok bin saja, sama atau tidak. Saya tiada apa untuk dikatakan, sama ada dia ada hubungan atau tidak (dengan keluarga menteri), saya tidak mahu komen," katanya yang juga enggan menyatakan nama suspek tersebut.

Ditanya lagi sama ada polis telah menyiasat menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Syed Ismail berkata "siasatan masih berjalan dan kita akan panggil sesiapa yang bersabit dengan kes ini."

Polis setakat ini telah menyiasat 27 individu, temasuk pegawai daripada kementerian kewangan, kementerian pertanian serta individu yang terlibat memberi perkhidmatan kepada NFC, katanya lagi.

Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

Polis setakat ini telah menyiasat 27 individu, temasuk pegawai daripada kementerian kewangan, kementerian pertanian serta individu yang terlibat memberi perkhidmatan kepada NFC, katanya lagi.

Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

FB